CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Sarawak] Hospital Lau King Howe lahirkan 200,000 bayi

[Copy link]
Post time 26-1-2022 08:45 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee menganggarkan kira-kira 200,000 orang dilahirkan di Hospital Lau King Howe yang beroperasi sejak 1936 hingga 1994.

Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang dilahirkan di hospital ini dapat memberikan sekurang-kurangnya RM1 kepada program 'Babies of Lau King Howe', idea yang dicetuskannya tahun lepas.

"Orang ramai juga boleh terus mendaftar dengan mudah menerusi laman web Muzium Memorial Hospital Lau King Howe (www.lkhhmm.org) untuk 'Babies of Lau King Howe'," jelasnya.



Dr Annuar melakukan simbolik pelancaran program 'Babies of Lau King Howe' di Muzium Memorial Hospital Lau King Howe sambil diperhatikan (dari kiri) Alice, Chieng, Lau, (dari kanan) Ling, Robert dan Tiong.

Menurutnya, mereka yang menderma minimum RM1 kepada 'Babies of Lau King Howe', nama akan dipamerkan di Muzium Memorial Lau King Howe.

Dr Annuar ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program tersebut di Muzium Memorial Hospital Lau King Howe hari ini berkata objektif 'Babies of Lau King Howe' bertujuan untuk menyenaraikan semua nama mereka yang dilahirkan di hospital ini dan dipamerkan di muzium memorial tersebut.

"Selain itu, saya ingin menyemai semangat kekitaan dalam kalangan penduduk Sibu kerana ini adalah bangunan yang sangat penting, kaya dengan fakta sejarah yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

"Dengan memulihara bangunan bersejarah ini, kita boleh mengimbau kembali bagaimana nenek moyang kita telah bekerjasama secara harmoni kerana hospital ini juga merupakan simbolik perpaduan antara pelbagai kaum di Sibu.

"Tapak sekarang Muzium Memorial Hospital Lau King Howe dahulunya merupakan penempatan pertama orang Melayu di sini dan orang Melayu kemudiannya menyumbang tanah untuk pembinaan hospital ini.

"Saya difahamkan bahawa mendiang Lau King Howe menggunakan semua hasil daripada penjualan hartanahnya untuk membina hospital ini dan kemudiannya didermakan kepada Sibu. Ini dalah ciri usaha kolektif untuk memberi manfaat kepada masyarakat," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka.

Tambahan pula, menurut Dr Annuar, sumbangan orang ramai kepada 'Babies of Lau King Howe' juga akan memainkan peranan penting dalam operasi harian Muzium Memorial Hospital Lau King Howe.

"Kita perlu menampung kos untuk kakitangan, kemudahan dan baik pulih muzium memorial ini," katanya.

Selain itu, Dr Annuar memaklumkan bahawa kajian lapangan untuk pemuliharaan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe sedang dilaksanakan Universiti Tekologi Sarawak (UTS).

"Kajian lapangan masih dilaksanakan oleh UTS. Cadangan asal RM3 hingga 5 juta, tetapi mungkin akan lebih daripada itu kerana ada pengambilalihan tandas awam milik Majlis Perbandaran Sibu (MPS)," jelasnya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UTS.

Sementara itu, video demo tentang cara mendaftar untuk 'Babies of Lau King Howe' boleh didapati di laman web Muzium Memorial Hospital Lau King Howe.

Hadir sama pada majlis pelancaran program ialah Pengerusi Persatuan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, ADUN Dudong Datuk Seri Tiong King Sing, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, Senator Robert Lau Hui Yew, Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce dan Temenggung Stanley Gramong.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.223772 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list