CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak sumbang RM1.3 juta untuk kemudahan ventilasi hospital umum negeri

[Copy link]
Post time 26-1-2022 08:43 PM | Show all posts |Read mode


Uggah (tengah) mendengar taklimat dari Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan pengarah HUS Dr Ngian Hie Ung ketika lawatan ke HUS, hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyumbangkan sebanyak RM1.3 juta bagi menyediakan sebanyak 36 kemudahan ventilasi (ventilation point) di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kemudahan tersebut yang siap dipasang telah mula digunakan di wad ICU hospital berkenaan.

"Kita pernah amat kekurangan ventilation point ini suatu masa dulu dan sebab itulah kerajaan negeri membantu hospital ini membinanya," katanya selepas melawat wad ICU HUS di sini, hari ini.

Uggah berkata selepas ini pihaknya juga akan membantu membina wad hibrid ICU di hospital itu.

"Saya baharu tadi diberitahu kerjanya (pembinaannya) akan dimulakan pada Februari ini bagi membolehkan hospital ini mempunyai tambahan 10 katil ICU," katanya.

Uggah berkata tambahan katil ICU itu adalah sebagai persediaan sekiranya kes COVID-19 di negeri ini kembali meningkat.

"Kami hanya bersedia bagi menghadapi situasi yang terburuk, ketika ini setiap hari bilangan (kes COVID-19 kita amat rendah berbanding September (2021)," katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri turut bersetuju membantu memasang paip gas di hospital itu yang kosnya sekitar RM500,000 bagi menambah 40 katil pesakit di HUS.

Beliau juga mengesahkan hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah ditutup di HUS dan di hospital utama lain negeri ini setelah tiada keperluan mewujudnya semula berikutan kes COVID-19 yang semakin berkurangan.

Dalam pada itu, beliau meminta rakyat negeri ini untuk mendapatkan suntikan dos penggalak dan terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika menyambut perayaan Tahun Baharu Cina ini nanti. - Bernama


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.172699 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list