CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Sarawak] Polis Sarawak guna 'in-car radar' sepanjang Op Selamat ke-17 TBC

[Copy link]
Post time 26-1-2022 08:41 PM | Show all posts |Read mode


Aidi memakaikan topi keledar yang lebih selamat kepada seorang penunggang motosikal semasa pelancaran Op Selamat Ke-17 TBC hari ini.- Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Polis Sarawak akan mempraktikkan penguatkuasaan secara digitalisasi menggunakan alat pengesanan 'in-car radar' sepanjang penugasan Op Selamat ke-17 sempena Tahun Baru Cina (TBC) bermula 28 Januari hingga 6 Februari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata penggunaaan teknologi tersebut adalah julung kalinya dan akan ditumpukan bermula di bandar-bandar utama seperti di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Menurutnya, dengan adanya kemudahan itu nanti juga akan memudahkan polis mengambil tindakan segera terhadap kenderaan yang melebihi had laju, mempunyai saman tertunggak dan kenderaan curi.

"Setakat hari ini kita ada lima unit 'in-car radar' di seluruh negeri yang akan ditempatkan di bandar-bandar utama sepanjang penugasan Op Selamat ke-17 sempena TBC ini.

"Keberkesanan teknologi (in-car radar) ini telah berjaya dibuktikan oleh Bukit Aman di mana kita akan dapat mengesan kenderaan yang ada rekod jenayah, saman tertunggak serta kesalahan-kesalahan trafik yang lain dan tindakan akan dapat diambil dengan segera," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat ke-17 sempena TBC di pasar raya Farley, di Jalan Batu 6, di sini hari ini.

Selain itu, Aidi turut memberitahu sepanjang operasi tersebut itu nanti juga akan mengfokuskan penguatkuasaan di 56 kawasan kerap kemalangan.

Katanya, kawasan-kawasan tersebut meliputi 36 laluan Jalan Persekutuan dan 20 laluan Jalan Negeri.

"Antara objektif operasi ini adalah untuk mewujudkan rasa selesa dan selamat dalam kalangan pengguna jalan raya iaitu dengan meletakan pengawai dan anggota kita di 56 lokasi terpilih yang sering berlaku kemalangan.

"Kita berharap melalui operasi ini akan dapat menurunkan kadar kemalangan jalan raya di sepanjang tempoh musim perayaan ini," katanya.

Difahamkan, antara 56 lokasi yang diberi perhatian ialah Jalan Lingkaran luar Kuching-Kota Samarahan, Jalan Kuching-Serian, Jalan Bau-Lundu, Jalan Sri Aman-Kuching, Sri Aman-Sarikei, Jalan Pusa, Jalan Pakan, Jalan Machan-Kanowit, Jalan Paradom (Sibu), Jalan Oya-Igan, Jalan Sibu-Bintulu, Jalan Selirik (Kapit), Jalan Bintulu-Tg Kidurong, Jalan Miri-Bintulu, Jalan Batu Danau-Limbang dan Jalan Lawas-Trusan.

Sementara itu, rondaan di kawasan perumahan juga akan kerap dilakukan sepanjang Op Selamat ini.

"Ini bertujuan untuk mencegah jenayah pecah rumah ke atas rumah-rumah yang ditinggalkan semasa penghuni keluar bercuti.

"Anggota kita akan melakukan rondaan berkala bagi memastikan premis dan rumah kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dari sebarang pelakuan jenayah," katanya.
Tambahnya, seramai 750 anggota dan pegawai polis akan bertugas sepanjang Op Selamat ke-17 ini.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.073428 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list