CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sarawak] Polis akan terus kawal lalu lintas di Jalan Kuching-Samarahan Expressway

[Copy link]
Post time 26-1-2022 08:40 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Anggota polis akan terus ditugaskan di lima bulatan sepanjang laluan Kuching-Samarahan Expressway bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu kemuncak, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Menurutnya, anggota yang ditugaskan adalah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan dan turut dibantu oleh anggota dari IPD Padawan serta Kuching.

"Setakat ini kita akan terus menempatkan anggota kita untuk mengawal lalul intas di lima bulatan di laluan tersebut agar pergerakan kenderaan berjalan lancar terutamanya pada puncak.

"Kita akan meneruskan kawalan lalu lintas ini sehingga sistem yang dibangunkan kerajaan negeri dapat dilaksanakan," katanya semasa sidang media pelancaran Op Selamat ke-17 sempena Tahun Baru Cina hari ini.


Gambar fail menunjukkan polis mengawal lalu lintas di Jalan Kuching-Samarahan.

Difahamkan punca kesesakan di kelima-lima bulatan tersebut adalah disebabkan bilangan kenderaan yang terlalu banyak menghala ke arah sama iaitu Kota Samarahan menuju ke Kuching pada sebelah pagi dan Kuching ke Kota Samarahan pada petang.

Justeru usaha kerajaan dalam masa panjang adalah dengan mendirikan lampu isyarat di setiap bulatan tersebut.

Bagaimanapun, buat masa ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan anggota untuk membuat kawalan lalu lintas.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 2.554405 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list