CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rapid Penang perkenal bas dua tingkat

[Copy link]
Post time 26-1-2022 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Rapid Penang perkenal bas dua tingkat
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 26 Januari 2022


Bas dua tingkat Rapid Penang akan beroperasi mulai 1 Februari ini.


GEORGETOWN - Warga Pulau Pinang bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas dua tingkat yang akan dikendalikan Rapid Penang bermula 1 Februari ini.


Ketua Wilayah Utara Rapid Penang, Ku Jamil Zakaria berkata, perkhidmatan itu akan memberi imej baru kepada sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang.


Menurutnya, pengoperasian bas dua tingkat itu akan dilaksanakan di laluan 301 dari Terminal Bas Weld Quay ke Relau serta laluan 302 dari Terminal Bas Weld Quay ke Batu Maung.


"Dua laluan ini dipilih untuk dilaksanakan perkhidmatan bas dua tingkat ini kerana kedua-dua laluan tersebut mempunyai permintaan dan kapasiti penumpang yang tinggi.


"Pengoperasian bas dua tingkat ini mampu membawa seramai 108 penumpang pada satu masa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Katanya lagi, bas yang berkonsepkan akses universal itu dilihat mampu menangani permintaan dan kapasiti penumpang tinggi di sesetengah kawasan.


"Pengoperasian bas dua tingkat ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan serta memberi keselesaan kepada penumpang terutama melibatkan kawasan Batu Maung, Bayan Lepas dan Relau.


"Selain itu, inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan lebih ramai penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang selain dapat mengurangkan masa penumpang untuk menunggu," katanya.


Jelas Ku Jamil, penumpang boleh menggunakan aplikasi PULSE yang boleh dimuat turun daripada Google Play dan App Store bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rapid Bus dalam membantu mereka merancang perjalanan.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... nal-bas-dua-tingkat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.057407 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list