KUALA LUMPUR: Gelombang penularan varian Omicron sudah bermula di negara ini dan dijangka menyebabkan jumlah kes COVID-19 akan meningkat.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ketika ini gelombang jangkitan virus itu terkawal kerana kadar vaksinasi di negara ini adalah tinggi.
Masa sama, beliau meminta kerjasama masyarakat untuk bersama-sama menyertai usaha KKM mengatasi gelombang penularan terbabit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahannya seperti memakai pelitup muka dan menjalani ujian saringan.
"Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini. Mask (pelitup muka).
"#TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan cari). Booster (penggalak). #PICKids (vaksin kanak-kanak)," katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini, sambil merujuk program vaksinasi dos penggalak yang sedang dilaksanakan kerajaan dan vaksinasi untuk kanak-kanak.
Beliau membuat ciapan itu ketika membalas ciapan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah, mengenai jumlah terkini kes positif baharu COVID-19 setakat tengah hari tadi.
Pada hari ini, negara merekodkan 4,744 lagi kes positif baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,844,969 kes.
Post time 26-1-2022 09:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Raya kome kisahkan? Weh aku tgh heran ni
Krisis teloq ayam la, prep la, kemarau la, takda bekalan tenaga la.
Mende ni weh? Dr pagi td dok nampak lalu kat fb.
Raya pulak yg kome kisahkan ????
tahun lepas aku dah kata, kalau raya nanti kena PKP ataupun kena hadkan, baik korang pulun raya masa CNY ni jelah. tak la menyesal kalau tetiba kena lagi PKP kan. tapi bila aku kata camtu, ada yang sound lak, kata raya ni lain kita sambut kemenangan. sambut amende nya menang lapar je. penghayatan ramadhan yilek, nak tarawikh tak tenang sebab saban malam main mercun. boikot jelah raya, jimat gak duit.
Post time 26-1-2022 10:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg komen tak kisah tak raya, korang yg dah ada family sendiri ni untung ler, ada anak2 dan spouse masing2, yg solo molo mati kutu sorang2 kat rumah. Yg dikisahkan bukan pasal ziarah raya pun tapi nak balik kg celebrate dgn parents pun tak lepas utk yg bujang.
Post time 26-1-2022 10:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lantak la raya ke tak. yg pasti cny ni both fmly iols and inlaws mai beraya kat umah iols. pastu mak iols plak setuju dah nak stay umah iols. kalo tak dapat ry pun iols ok je. blk kg pun dah 2/3x sepanjang border dibuka. holiday pun dah berkali2 siap bercamping 2x. syukur dah. malas nak fikir dah raya ke tak. time buat prn tak fikir plak omicron ke megatron hamjadah sgguh