View: 476|Reply: 3
|
[Tempatan]
Ular sawa kenyang baham kambing
[Copy link]
|
|
Ular sawa kenyang baham kambing
https://www.utusan.com.my/terkin ... yang-baham-kambing/
Oleh ASLIZA MUSA
26 Januari 2022, 5:33 pm
ULAR sawa yang ditangkap APM Daerah Muallim setelah membaham seekor kambing di Kampung Tengah Kuala Slim, Slim River, Perak, hari ini. - UTUSAN/IHSAN APM
TANJUNG MALIM: Seekor ular sawa batik yang baru selesai membaham seekor kambing ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Tengah Kuala Slim dekat sini, pagi tadi.
Reptilia seberat 70 kilogram dengan panjang tujuh meter itu dijumpai di dalam kandang kambing pada pukul 10.57 pagi.
Pegawai APM Daerah Muallim, Kapten Shahrizal Hussin berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menangkap reptilia itu.
Katanya, anggota mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular tersebut menggunakan peralatan khas.
“Pemilik kandang kambing itu memaklumkan dia ternampak reptilia tersebut berada dalam kandang sebelum bertindak menghubungi APM. Anggota mengambil masa kira-kira 30 minit bagi menangkap ular itu yang dipercayai sedang kekenyangan setelah membaham seekor kambing,” katanya di sini hari ini.
Katanya, reptilia itu dibawa balik ke Pejabat APM Daerah Muallim sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Sungkai untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Kambing tu
Makan besor si ular |
|
|
|
|
|
|
|
DAH MAKANAN DIA
SAMALAH DENGAN KITA BAHAN SEGALANYA |
|
|
|
|
|
|
|
Pakat saiz besar je keluar dan tertangkap sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|