CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Pulau Pinang] Koperal, lans koperal ditahan positif dadah

[Copy link]
Post time 26-1-2022 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Koperal, lans koperal ditahan positif dadah
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 26 Januari 2022


Mohd Shuhaily


GEORGETOWN - Dua anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal ditahan selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.


Kedua-duanya ditahan selepas ujian saringan tersebut dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), pada Selasa.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua anggota berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Semakan rekod mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai dua rekod jenayah melibatkan dadah. Saya tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja, termasuk pegawai dan anggota polis sekiranya dikesan melanggar undang-undang, termasuk ujian saringan air kencing secara berkala serta mengejut.


"Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Rabu.


Sementara itu, kata Mohd Shuhaily lagi, menerusi operasi yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang sejak 21 hingga 23 Januri itu, JSJN Pulau Pinang menahan 334 orang berusia 15 hingga 61 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM14,208.


Sebelum ini, Polis Pulau Pinang mengesahkan telah membuka 171 kertas siasatan tatatertib pada tahun lalu berbanding 126 pada tahun 2020.


Daripada 171 kertas siasatan tersebut, ia melibatkan 314 orang iaitu 43 orang pegawai kanan, 269 pegawai rendah dan dua kakitangan awam.


Jumlah kertas siasatan (kes) berjumlah 171 dengan kes tatatertib sebanyak 107; jenayah (33); dadah (17); tidak hadir tugas atau pembolosan (8), kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (4) dan syariah (2).


Sementara itu, katanya lagi, daripada 314 orang tersebut, 28 orang masih dalam siasatan untuk diambil tindakan antaranya gantung, tahan dan dibuang kerja.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tahan-positif-dadah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.065891 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list