CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Tempatan] Harga petrol RON95, diesel kekal; RON97 naik 5 sen

[Copy link]
Post time 26-1-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Harga petrol RON95, diesel kekal; RON97 naik 5 sen

https://www.utusan.com.my/berita ... ron97-naik-5-sen-2/

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
26 Januari 2022, 5:00 pm



PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 2 Februari ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik 5 sen kepada harga RM 3.12 seliter berbanding RM3.07 seliter pada minggu lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052585 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list