CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 14

'Def Gab C tak pernah gaduh rebut nama, walau kami dah berpecah' - Asheed

  [Copy link]
Post time 26-1-2022 04:07 PM | Show all posts |Read mode
'Def Gab C tak pernah gaduh rebut nama, walau kami dah berpecah' - Asheed


Asheed.

Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan Def Gab C, Asheed, 49, mengakui bersyukur apabila kumpulannya tidak pernah berdepan krisis yang teruk.

Asheed atau nama sebenarnya, Mohd Ashid Ahmad berkata, walaupun berdepan perpecahan, mereka tidak pernah berebutkan nama kumpulan terbabit.

"Hubungan saya dengan anggota lain sangat bagus. Kami tiada Real Def Gab C atau Def Gab C ketiga. Kami hanya ada satu Def Gab C.

"Rahsianya, kami kena faham satu sama lain dan ikut peredaran zaman. Masa muda kita perangai begini, semasa berkahwin perangai sebegini dan sekarang lain pula," katanya kepada Harian Metro.

Asheed dan Def Gab C yang popular menerusi lagu Ibukota Cinta bagaimanapun, tidak menafikan isu terasa hati tetap ada dan ia lumrah dalam kumpulan.

"Ia ada (terasa hati) tapi tak bolehlah pendam lama-lama. Dalam masa tiga hari dah kena selesaikan. Jangan sampai berlarutan.

"Perasaan cemburu berkenaan siapa lebih banyak tawaran memang tiada, dan ia sepatutnya tidak ada dalam sesebuah kumpulan. Kita kena anggap anggota lain seperti adik-beradik," katanya.

Asheed yang kini tampil dengan single solo terbaharu berjudul Baling terbitan Rockstage Entertainment berkata, dia akan kembali bergabung dengan rakan-rakannya menjayakan konsert Def Gab C pada Mac nanti.

"Ia adalah konsert istimewa, 25 tahun Def Gab C yang menampilkan anggota asal iaitu saya, Eddie (bass), Jemboo (gitar) dan Atong (drum).

"Lokasi konsert sedang dikenal pasti dan akan diberitahu kepada peminat nanti. Peminat hargai kami apabila sering minta saya bergabung semula bersama anggota lain. Kami pun berhasrat nak kembalikan zaman kegemilangan Def Gab C," katanya.

Mengulas berkenaan single baharunya ciptaan Talib Rockstage dan Wan, Asheed berkata, dia meletakkan harapan tinggi agar peminat dapat menerimanya.

"Konsep lagunya seperti penyanyi Santana. Saya rasa 'comeback' ini akan diterima. Kita tak semestinya kena bergabung dengan artis baru untuk naik semula. Memang ada syarikat rakaman yang guna formula ini, tapi bagi saya itu hak masing-masing

"Ramai yang takut nak keluarkan single secara sendirian tapi, saya dengan cara ini. Cuma zaman dah berubah, dan muzik juga berubah cara lain sikit," katanya.

Dalam perkembangan lain, Asheed kini memasarkan produk baharu keluarannya iaitu Asheed Blackpepper di Sudut Produk Selebriti & Amirul Grocer Cawangan Shah Alam, di Seksyen 15 Shah Alam.

"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya buat produk lain tapi gagal. Sekarang saya keluarkan yang ini pula.

"Perniagaan bukan bergantung pada nama semata-mata tapi bersangkutan juga dengan pemasaran. Ia sama seperti buat album tapi makanan berbeza caranya dan lebih mencabar," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... dah-berpecah-asheed

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Tahun dpn masuk gv
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:39 PM | Show all posts
next retis GV
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:46 PM | Show all posts
iols risau dia masuk GV, awal awal terkeluar. ritu dengar dia nyanyi dalam Konsert Minggu ni RTM pun semput
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dulu ikut ayah pin tu ahli kumpulan ni ke kumpulan lain
Teringat² pulak lagu puja ayah pin tu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols jarang minat penyanyi melayu tapi jump ni iols layanzzz
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-1-2022 09:50 PM | Show all posts

WAJIB NAIK GV kasi gilau nama balik
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:57 PM | Show all posts
Cinta sateyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mengata search kettew
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lagu ibu kota cinta tu sangat best!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:19 AM | Show all posts
setakat def gab c siapa nak rebut nama tu? takda goodwill
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Defgabc jer ponnnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah sorg grup member diorg penah jd pengikut Ayah Pinkan!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:24 AM | Show all posts
Walau aku mampu
Mengalahkan mu
Kau harus tahu
Hanya aku yang tak mahu
Memburu umpanmu madu lembah racun
Debu tuju-tuju
Menyesakkan ku
Walau malam mu berkelip neon yang indah
Itu hanya perangkap membara
Hati dan mindaku ini

terus rasa nak nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:42 AM | Show all posts
sian kan dorang ni. dah tak laku buat kerja macam2. tlglah next time, belajar. kalau ada ilmu boleh tanggung kehidupan selepas x glamour. dan kalau dah berusia tu, tinggal2 kan lah image tahun 80an dan 90an tu, kemaskini sikit diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.066050 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list