CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 831|Reply: 11

[Politik] Kos PRN Johor dianggarkan 150 juta?

[Copy link]
Post time 26-1-2022 01:01 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi menafikan peruntukan bernilai RM150 juta untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan adalah suatu bentuk pembaziran.

Beliau berkata, pembaziran sebenar yang lebih tinggi boleh terjadi apabila kerajaan yang tidak stabil terus dibiarkan mentadbir negeri itu.


“Soal pembaziran RM150 juta kerana PRN, pada saya lebih tinggi pembaziran apabila kita membiarkan kerajaan tidak stabil ini terus berjalan” katanya dalam satu wawancara secara langsung di Facebook Dialetika TV Anekdot pada Isnin.


Beliau berkata demikian sebagai membidas hujah Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat yang mempersoal kewajaran PRN diadakan dan mendakwa anggaran kos sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai PRN Johor hanya mendatangkan kerugian.


“Sebenarnya pilihan raya ini jangkaan peruntukannya adalah RM150 juta, kita dah rugi RM150 juta, kenapa PRN? Masa ini patut digunakan untuk membela rakyat, bukan buat pilihan raya” kata Suhaizan.


Menurut beliau, PRN secara mengejut itu akan memberi kesulitan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang perlu mendapatkan data pengundi, ditambah pula dengan pengundi baharu berumur 18 tahun dalam masa yang singkat.


“Ini mungkin menyebabkan SPR terdedah kepada kesilapan dalam mengendalikan maklumat pengundi dan ini akan menjejaskan peratusan keluar mengundi,” katanya.


Beliau mendakwa Umno mengambil kesempatan atas peratusan keluar mengundi yang rendah dengan merujuk kepada PRN Melaka yang menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah membolehkan Umno dan Barisan Nasional memperoleh kemenangan dominan di negeri itu.


Bagaimana Puad berkata, soal keperluan PRN sudah tidak relevan lagi kerana Johor memerlukan kerajaan yang kukuh dan kuat melalui mandat rakyat.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/01/25/rm150-juta-buat-prn-johor-lagi-bazir-biar-kerajaan-tak-stabil-terus-tadbir-kata-puad/















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubar je la terus parlimen kasi jalan skali gus
Membazir buat sket2....
Lepas ni negeri mana lagi?
Perak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:58 PM | Show all posts
takpa bukan guna duit dia pun..rakyat malaysia ni pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kertas undi pakai emas ke sampai juta2 kos prn nih, nak kata sewa dewan ka hotel ka tempat buang undi x juga still pakai sekolah free2 lg....yg petugas spr tuh mmg dah sah2 dpt gaji bulan2 lg pun dh mmg keja dia pun x kan 1 hari prn gaji byr sebulan? Mmg bodoh la.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba/mohon 'bentangkan'@perjelaskan...canna 150 juta tu 'dibelanjakan'.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 08:56 PM | Show all posts
Firenzza replied at 26-1-2022 10:30 PM
Kertas undi pakai emas ke sampai juta2 kos prn nih, nak kata sewa dewan ka hotel ka tempat buang und ...

kena jadi Ketua SPR, baru boleh tahu kos sebenar untuk PRK,PRN, PRU.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 26-1-2022 09:33 PM
Bubar je la terus parlimen kasi jalan skali gus
Membazir buat sket2....
Lepas ni negeri mana lagi?

Aku setuju...meriah sangat PRN sana sini baik buat PRU je terus.  Sapa naik pun mcm dh boleh agak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang le tinggi, nak beli air evian lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 09:08 PM | Show all posts
iman_kasih replied at 4-2-2022 08:58 PM
Aku setuju...meriah sangat PRN sana sini baik buat PRU je terus.  Sapa naik pun mcm dh boleh agak  ...

mail sabri masih lagi dpt sokongan majority, belum ada mana2 parti nak tarik balik sokongan utk nak diadakan PRU. nak tunggu PM bubar parlimen, rasanya tak kot, lebihbaik dia jadi PM hingga abis tempoh penggal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:17 PM | Show all posts
Skuau replied at 27-1-2022 05:45 PM
cuba/mohon 'bentangkan'@perjelaskan...canna 150 juta tu 'dibelanjakan'.

tentu dah dibentangkan & diperjelaskan...sebab tak dengar ada bantahan dari pihak pembangkang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 4-2-2022 09:08 PM
mail sabri masih lagi dpt sokongan majority, belum ada mana2 parti nak tarik balik sokongan utk na ...

Itu aku faham. Tapi kalau dah banyak sangat prn sana sini takkan la dia x terfikir nak segerakan pru. Bukan ke cara tu lagi menjimatkan dari prn x sudah2 pastu nanti pru pulak. Umno pun penah mencadangkan pru diadakan secepat mungkin kan.

Kalau pru awal pun rasanya keputusan tetap akan memihak pada BN. Atau umno dan bn ada calon pm lain selain pak mail menyebabkan dia susah nak buat pru ni cepat2?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 10:56 PM | Show all posts
iman_kasih replied at 4-2-2022 10:20 PM
Itu aku faham. Tapi kalau dah banyak sangat prn sana sini takkan la dia x terfikir nak segerakan p ...

mungkin lepas PRN Johor nie, tak ada lagi PRN , terus aje PRU jika ada negeri lain yg nak bubarkan DUN, atau dlm masa terdekat Parlimen dibubar ,jadi PRN Johor sekali dengan PRU. memang byk tambahan belanja sebab negeri2 yg sudah buat PRN akan ada lagi pengundian utk Ahli Parlimen pada PRU.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062745 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list