CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 4

[Tempatan] Tanah mendap: Keadaan di Lestari Perdana terkawal - JBPM

[Copy link]
Post time 26-1-2022 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Tanah mendap: Keadaan di Lestari Perdana terkawal - JBPM

Kelihatan sebahagian jalan runtuh mengakibatkan lima buah kenderaan rosak ketika tinjauan kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Seri Kembangan. NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi jaminan situasi semasa di kawasan Lestari Perdana, Seri Kembangan, dekat sini, adalah terkawal susulan kejadian tanah mendap, semalam.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling serta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sudah mengambil tindakan sewajarnya berhubung insiden itu.

"Anggota bomba dan polis masih berada di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku sebarang insiden," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media melaporkan bomba menerima maklumat pada jam 6.38 petang semalam mengenai kejadian tanah mendap itu sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati lima kenderaan rosak akibat insiden berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.





Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... rdana-terkawal-jbpm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 01:16 PM | Show all posts
Dah lima bijik kedalam apoo terkawal... klu terkawal kenapa boleh runtuh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 01:19 PM | Show all posts
tahnye bodoh apa tah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2022 01:37 PM | Show all posts
Tanah mendap di Lestari Perdana kali kedua berlaku



PEMANGDAN udara sebahagian jalan runtuh mengakibatkan lima buah kenderaan rosak ketika tinjauan kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Seri Kembangan. FOTO Aizuddin Saad


Seri Kembangan: Kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, di sini, semalam disahkan kali kedua berlaku.

Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar, berkata mengikut rekod, kejadian tanah mendap berlaku pada 2017 di lokasi sama.

"Kerja pemulihan dijangka mengambil masa kira-kira seminggu. Ketika ini, kerja memasang cerucuk di sekitar kawasan ini sedang giat dijalankan sejak semalam.

"Ia bagi memastikan tiada pergerakan tanah bagi mengelak kejadian berulang. Kami memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Laporan kejadian akan disiapkan sejurus kajian tanah mendap dapat dilakukan sepenuhnya," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan.

Sementara itu, Anbalagan berkata, sebanyak 17 premis komersial di sekitar kawasan berkenaan diarahkan memberhentikan operasi perniagaan untuk sementara waktu.

"Premis terletak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian diarah untuk memberhentikan sebarang operasi.

"Kami juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan memaklumkan kepada pemilik premis untuk hentikan operasi sehingga kami dapat pastikan keadaan kembali selamat sepenuhnya," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kali-kedua-berlaku

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 01:38 PM | Show all posts
tu sungai ka longkang? tinggi semacam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.084962 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list