CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 12

[Dunia] Gaji pekerja pembersihan di Singapura cecah RM10,000 sebulan pada 2028

[Copy link]
Post time 26-1-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Gaji pekerja pembersihan di Singapura cecah RM10,000 sebulan pada 2028
| | 25 Januari 2022

SINGAPURA - Gaji bulanan asas yang baru saja diterima bekerja sebagai pekerja pembersihan am sedia dinaikkan kepada S$3,260 (RM10,160) menjelang tahun 2028, di bawah model gaji progresif bagi sektor itu.

Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan, unjuran gaji tersebut adalah bagi warga Singapura atau pemastautin tetap di republik itu.

Perkara itu diumumkan selepas pemerintah menerima cadangan daripada Kluster Triparti bagi Pengurusan Sisa (TCWM) berkenaan model gaji baharu bagi sektor berkenaan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (24 Januari).

Cadangan itu merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.

Sekitar 3,000 warga Singapura dan pekerja pemastautin tetap dalam sektor itu bakal menerima manfaat daripada model gaji baharu itu.

Di bawah unjuran itu, gaji asas bagi kumpulan tersebut sedia dinaikkan dari S$2,210 (RM6,887) pada Julai 2023. Seterusnya, jumlah itu akan dinaikkan sebanyak S$210 (RM654) setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah S$3,260 (RM10,160).

Itu bermakna kenaikan gaji tersebut menunjukkan kenaikan sebanyak 48 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dalam sektor kerja yang sama, gaji asas bagi pemandu kanan dalam bidang pembersihan sampah dijangka meningkat dari S$2,910 (RM9,069) pada 2023, kepada S$3,960 (RM12,341) menjelang 2028.

MOM dan NEA berkata, itu adalah untuk “memastikan pekerja pendapatan rendah dapat bertahan dalam pertumbuhan gaji berdasarkan gaji median pekerja”.

Berkuat kuasa Januari 2024, pekerja juga sepatutnya menerima sekurang-kurangnya satu bonus tahunan sebulan gaji sekiranya mereka sudah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun dengan majikan masing-masing. Bonus itu tidak terikat dengan prestasi kerja.

"Ini membolehkan pihak majikan menarik minat dan mengekalkan pekerja pembersihan masing-masing, dan menghargai usaha mereka dengan menawarkan latihan bagi meningkatkan produktiviti," ujar MOM and NEA.

Nilai tukaran bagi Dolar Singapura dan Ringgit Malaysia adalah S$1 = RM3.12. - Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Adil la....rakyat buang sampah bersepah...kena saman...duit saman itewww diterjemahkheun utk penambahan gaji pekerja pembersihan kerna buat lebih kerja...

Negara pemimpin kapir ni....

Grrrr
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:32 AM | Show all posts
sebabtu takde ummah merempat kat singapok walaupun diperintah kapir..tapi berjuta ummah takde kerja merempat dok bawah jambatan di negara melayu ketuatnan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:49 AM | Show all posts
S$1 = RM3.12


.. dulu suatu ketika duit kita hampir sama dengan duit singapura... sekarang?

While the Singaporean and Malaysian currencies were on par right up to around 1980 – indeed in the two countries, they were exchangeable for one another – it changed after that. Over the next 37 years or so, the two currencies moved terribly out of line and the Singapore dollar is now worth over three times the ringgit.


nah yang rajin baca...

http://econsmalaysia.blogspot.co ... myr-and-sgd-in.html


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin sesak lar Tambak dgn.motor2 Molayoo2 dari negara gomen Molayoo isele gi ngemis kerja di tanah PM Cina kominis PAP abang DAP  30ringek  
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah DAP-lobai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 26-1-2022 11:59 AM
Makin sesak lar Tambak dgn.motor2 Molayoo2 dari negara gomen Molayoo isele gi ngemis kerja di tanah  ...

Pegawai teller bank dijohor iteww macam post monreyess yg aku diberitahu katanya gaji sekitar 1.2k sebulan...seriously?




Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 26-1-2022 11:49 AM
.. dulu suatu ketika duit kita hampir sama dengan duit singapura... sekarang?



Hatok aku cakap dulu late 60s kat Singaporn mee goreng dijual tak bubuh tolo, sebab tolo dikira mahal waktu itu. Nak campo tolo kena bawak tolo sendiri. Begitulah miskin nya rakyat singaporn waktu itu. Sekarang ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
stingereez replied at 26-1-2022 12:06 PM
Pegawai teller bank dijohor iteww macam post monreyess yg aku diberitahu katanya gaji sekitar 1.2k ...

N17 singaporn bape gaji nye yer?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 26-1-2022 12:14 PM
N17 singaporn bape gaji nye yer?

Napa suka susahkheun org?

Tepek aja la.....

Huh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 26-1-2022 12:13 PM
Hatok aku cakap dulu late 60s kat Singaporn mee goreng dijual tak bubuh tolo, sebab tolo dikira ma ...

Aku dengar nana_man pun bila ke gerai roti canai masih bawak telor nye sendiri dan minyaknya sendiri...tapi tetap bayar harga canai telor...healthy living.....katanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi rakyat msia yg keje spore kn byr levi..campur tolak dgn belanja lg...baiklah keje msia....unless klu dpt yg gaji tinggi lebih sgd5k...xpelah.  ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:35 PM | Show all posts
2028

gj cleaner kt mesia.....800
sijil minimun :degree
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.115185 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list