CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Tempatan] Teliti semula kenaikan harga bahan binaan akibat COVID-19

[Copy link]
Post time 26-1-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Teliti semula kenaikan harga bahan binaan akibat COVID-19


Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semasa melawat tapak pembinaan perasmian majlis pecah tanah menaik taraf jambatan merentasi Sungai Marang di Kampung Seberang Marang hari ini. Jambatan di Jalan Kuala Terengganu- Kuantan dengan kos projek bernilai RM338.5 juta itu dijangka siap pada Oktober 2025 dapat mengurangkan kadar kesesakan trafik dan memberi keselesaan pengguna jalan raya terutamanya pada waktu puncak. - Foto GHAZALI KORI

MARANG: Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan untuk melihat kembali senarai barang-barang binaan susulan kenaikan mendadak harga akibat penularan pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu bagi membantu kontraktor yang sedang melaksanakan projek kerajaan yang terbeban dengan kenaikan mendadak kos berkenaan.

"Selain meminta Kementerian Kewangan melihat kembali senarai barangan itu, kita akan minta lihat semula bagaimana kaedah pengiraan dan jenis projek yang layak mendapat VOP (Syarat Perubahan Harga).

"Buat masa ini, yang layak dapat VOP hanya projek yang berasaskan konvensional tender dan reka bentuk tetapi daripada sebut harga tidak boleh.

"Jadi ini yang kita kena lihat balik dan kita akan bincang kembali dengan Kementerian Kewangan bagaimana kita mahu tangani kenaikan kos yang begitu tinggi supaya ia tidak membebankan kontraktor demi memastikan projek dapat disiapkan untuk kemudahan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di Laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini hari ini.

Majlis pecah tanah dan serahan surat terima projek itu disempurnakan Fadillah bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Fadillah berkata, pihaknya juga akan mengemukakan lanjutan tempoh pelaksanaan VOP yang dilaksanakan dalam kontrak kerja kerajaan.

"Itu yang kita bincangkan. Setakat ini, pelaksanaan VOP adalah sehingga projek siap yang mana ia tertakluk kepada perjanjian tambahan sehingga 30 Jun ini," katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata, kementeriannya memperuntukkan hampir RM972 juta untuk projekpembangunan di negeri ini manakala Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pula memperuntukkan kira-kira RM896 juta.

Katanya, secara keseluruhan, terdapat 19 projek pembangunan yang berada dalam fasa pra-pembinaan dan fasa pembinaan dengan 10 projek di bawah Kementerian Kerja Raya manakala selebihnya di bawah KPLB.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... aan-akibat-covid-19

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055315 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list