CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1995|Reply: 41

[Tempatan] Genap tiga tahun, Covid-19 terus menjangkiti

  [Copy link]
Post time 26-1-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Genap tiga tahun, Covid-19 terus menjangkiti
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 25 Januari 2022

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Genap tiga tahun penularan Covid-19 di negara ini, wabak itu terus merekodkan angka jangkitan setiap hari.

Terbaharu, sebanyak 4,066 kes positif dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa sekaligus menyumbang kepada jumlah keseluruhan 2,840,225 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 50 daripada jumlah kes harian yang dilaporkan adalah kategori tiga hingga lima.

"Selebihnya, 4,016 kes atau 98.8 peratus lagi merupakan kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, seramai 131 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 64 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan.

"Sebanyak 3,559 kes dilaporkan sembuh dengan jumlah kumulatif 2,762,608 atau bersamaan 97.3 peratus," katanya.

Beliau berkata, KKM mengenalpasti 13 kluster baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhannya, 6,328.

"Daripada jumlah itu, 6,084 telah diisytiharkan tamat manakala 244 lagi masih aktif," katanya.

Kali pertama Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 adalah pada 25 Januari 2020 selepas tiga tiga pelancong China yang memasuki negara melalui Johor disahkan dijangkiti Coronavirus 2019-nCoV.

Pada perkembangan sama, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara meningkat kepada 1.09.

Negeri Sembilan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.16 disusuli Kedah (1.09), Johor (1.09), Kuala Lumpur (1.07), Melaka (1.04), Putrajaya (1.04), Selangor (1.04), Pulau Pinang (1.03), Pahang (1.01), Kelantan (1.0) dan Perak (1.0), Sabah (0.98) serta Terengganu (0.82).

Nilai Rt di Perlis, Labuan dan Sarawak pula adalah sifar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa 3 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 12:51 PM | Show all posts
so apa lagi kesinambungannya selepas ni? more conspiracy theories....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:15 PM | Show all posts

tu lah
tahun ke 3 baru lh betul

klu genap, 2 tahun sbnrnya
25 jan 2020 - kes pertama di malaysia
25 jan 2022 - genap 2 thn sejak kes pertama




Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 26-1-2022 12:49 PM
Bila masa 3 tahun?

Itulah tu, masa mula detect kat China pun dah hujung2 2019..celah mana 3 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:23 PM | Show all posts
Lemah penulisan TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN ni... genap tak genap pun tak tahu beza.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
I rengsa btol org dewasa kira tahun pun tak lepas..mmg ada tau, jenis kira (i bagi contoh), masuk keje tahun 2010..2010 tu dia kira setahun, 2011 kira 2 tahun, 2012 kira 3 tahun..pastu dok heran sendiri kenapa orang kira bilangan tahun servis dia x betul..pdhal diri sendiri x reti kira..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat genapkan bilangan yg salah, walaupun iols ada penyakit tak suka matematik tp rasanya blm pun genap 3 tahun.
Covid mula muncul kat china sekitar hujung nov or disember 2019.
Jadi hujung tahun ni baru masuk tahun ke 3 ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 26-1-2022 02:27 PM
I rengsa btol org dewasa kira tahun pun tak lepas..mmg ada tau, jenis kira (i bagi contoh), masuk ke ...


Kan iols pun terganggu ngn artikel tu konfiden betul. Tu pasal iols pelik bila ada sorang retis lelaki tu sebut dh 2 tahun tak berlakon, rindu nak cuci mekap la bagai padahal tahun 2020 tu lepas raya puasa korang semua boleh je shooting bagai sampai la Disember 2020.
Malah retis lelaki tu aman2 je ade kuar drama pasal covid dan lockdown tahun 2021 kira paling latest dia shooting.
So celah mananya 2 tahun? Sama la yg sebut dah 3 tahun bagai tak balik kg tu.
Bukannya sepanjang tahun pun kita semua kena lockdown.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:31 PM | Show all posts
Dua tahun la.. Kan kes pertama C19 di Malaysia 25 Januari 2020..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:34 PM | Show all posts
iols mcm terkesima kejap baca tajuk pastu duk igt eh covid bulan 3 2019 ke eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:26 PM | Show all posts
urmmmm kalau ikut virus, 3 tahun lah dari 2019 sbb tu nama dia covid-19 kan
tapi kat malaysia ni 2 tahun baru...tu lah ade varian lagi ape semua penat sungguh lah kalau macam ni...
nampak macam tkkan habis ni...dah lah lama tk bercuti ni sebab takut punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:36 PM | Show all posts
ta yah gaduh2 maybe penulis tu ikut tahun virus tu muncul bukan kes kat malaysia hihi....
lagipun kita jaga diri sudah lah dah lah virus ta boleyh nak nampak dngan mata kasar kan...
so, buat je macam mana dari mula dulu... cuci tangan, sanitize, basuh baju dan mandi lepas keluar rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan kita masih belum.ketemui penawar...yg asyik disogokkheun fcuksin boosters bamboosters

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 26-1-2022 02:40 PM
Kan iols pun terganggu ngn artikel tu konfiden betul. Tu pasal iols pelik bila ada sorang retis le ...

tu la tu..exaggerate btol..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:39 PM | Show all posts
yumentos replied at 26-1-2022 08:26 PM
urmmmm kalau ikut virus, 3 tahun lah dari 2019 sbb tu nama dia covid-19 kan
tapi kat malaysia ni 2 t ...

yer ahhh tueee! nak keluar rumah pun takut2 tk tahu mcm mana org boleh trpikir nk bercuti bila kes naik, salahkan gomen huhuhu...
lg 1, buat je lah macam dulu balik utk elakkan diri ni dijangkit... basuh baju on time kalau dok sorg, basuh lah 3 hari sekali...
sbb vaksin utk cegah, bukan tk kena virus langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak lagi terkesima dengan nama BUQHAIRAH tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:43 PM | Show all posts
fai00 replied at 26-1-2022 08:36 PM
ta yah gaduh2 maybe penulis tu ikut tahun virus tu muncul bukan kes kat malaysia hihi....
lagipun ki ...

betul sangat lah tueee! buat je macam biasa balik at least mencegah kan penawar pun tk de lagi paham2 sendiri lah...skrg bukan masa lah nak salahkan sape...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kata huruf qof bukan qof, huruf kho pun bukan, ha pedas pun bukan, apatah lagi ha simpul dengan ha marbutah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosanla bila nak habis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.389301 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list