View: 1371|Reply: 16
|
[Tempatan]
Alamak! Baru Darjah 2 Dah Kantoi Bercinta, Siap Ber 'Baby..Baby' Bagai.
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 26-1-2022 09:48 AM
Tingkah lalu anak-anak memang perlu dikawal oleh ibu bapa. Tanpa pengawalan ketat, mereka pasti mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Seperti yang kita tahu, zaman moden ini sudah tentunya setiap kanak-kanak mempunyai telefon bimbit sendiri untuk bermain game atau menghubungi rakan-rakan.
Namun, lain pula kisahnya dengan cerita yang dikongsi oleh seorang guru bernama Suziana Basa yang terkejut melihat telefon bimbit anak murid berusia 10 tahun. Alamak!
Menurut guru tersebut, meskipun baru sahaja darjah 2, perbualan mesej itu sangat sensitif dan dianggap keterlaluan serta tidak sesuai dengan umur mereka.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi itu, murid tersebut menggunakan bahasa dirinya ‘B’ dan juga ‘Baby’ berbual mesra tentang percintaan mereka.
Jelas cikgu Suziana lagi, murid itu dikatakan tidak aktif ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) berlangsung tetapi lain pula kisahnya ketika di aplikasi Whatsapp.
Penangkapan handphone budak darjah 2 hari ini terus membuka mata sendiri utk check handphone anak sendiri. Seram pula tengok budak darjah 2 sekarang.
Ini antara budak yang sunyi masa PDPR tetapi rancak pula di group whatsapp single & taken. Ibu-bapa jangan lupa check telefon anak kita.
Tujuan post ini bukanlah utk memalukan anak tersebut tetapi semasa saya membaca semua mesej personal dan group pelajar tersebut, hati saya hancur. Saya terus terbayangkan muka anak sendiri dan tak sabar2 tunggu waktu persekolahan tamat.
Sejujurnya saya sangat sedih mengenangkan anak-anak zaman sekarang. Saya tidak salahkan sesiapa melainkan kita sendri sebagai ibu bapa yang kurang peka dan leka tentang hal yang dianggap kecil ini. Mungkin tujuan kita memberi gajet untuk anak-anak memudahkan proses PDPR.
Tetapi kita lupa dan lalai untuk terus memantau . Kadang-kadang ada yang sampai ketagih dan tidak boleh hidup tanpa handphone? Apa tindakan kita sebagai ibu bapa? Putus asa? Ya kebanyakan.
Sejujurnya , memberi anak menggunakan gajet mmg akan memudahkan lagi kerja kita. Anak tidak menganggu kita, rumah tidak bersepah, tidak penat membebel dan memang kerja menjaga anak lebih senangla. Setuju atau tidak? Saya sendiri setuju. Di sini la permulaan semua ini, lalu kita kurang masa dengan anak-anak dan kurang membeli jiwa anak-anak.
Kenapa budak darjah 2? Bagi saya kejadian hari ini ada hikmahnya. Mungkin Tuhan ingin anak ini dibantu daripada dia sudah berada di tingkatan 2. Mungkin tidak ada org yang memberitahu dia perbuatan itu sebenarnya salah . Syukurlah cikgu tahu lebih awal.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
macam hasanah je. darjah 2 10 taon? |
|
|
|
|
|
|
|
darjah 1 = 7 tahun
darjah 2 = 8 tahun
darjah 3 = 9 tahun
darjah 4 = 10 tahun
darjah 5 = 11 tahun
darjah 6 = 12 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
misteri yang belum terjawab...so budak darjah 2 / budak 10 tahun ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 26-1-2022 09:52 AM
macam hasanah je. darjah 2 10 taon?
Kan. Umur dgn darjah pun dah confused, valid ke cerita ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Salah sorang ...apalah pembaris sangat ni ha? Lemah! |
|
|
|
|
|
|
|
teruk betul pengarang ni, pengetahuan xde ke,
darjah 2 umo 10 tahun??? |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu lagi
kau simpan hatiku
dari darjah 1
aku suka kamu
-satgi lagu ni..la...pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat sgt dik kau nak berbaby baby ni |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 la ni cpt matang weyy..guano tu |
|
|
|
|
|
|
|
tolak 2 tahun sbb covid tahun 2020 & 2021 tak di ambik kira....
|
|
|
|
|
|
|
|
Matilah instead of the budak, pembuka tered yang kena kutuk. |
|
|
|
|
|
|
|
elakkan jd parents yg terlampau sporting, buat anak2 mcm kawan
overly strict parents pulak raise the best liars katanyerr
maka bimbinglah anak2 anda sebaik2nya, jadilah ibu bapa bukannya kawan pefeeling remaja atau drill sergeant bersuara petir. |
|
|
|
|
|
|
|
Weller replied at 26-1-2022 10:10 AM
darjah 1 = 7 tahun
darjah 2 = 8 tahun
darjah 3 = 9 tahun
Terima kasih atas info....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|