CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 1

[Dunia] Sebatian ganja CBD henti koronavirus di makmal, tapi mampukah rawat Covid-19?

[Copy link]
Post time 26-1-2022 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Sebatian ganja CBD henti koronavirus di makmal, tapi mampukah rawat Covid-19?

https://www.malaysiakini.com/news/608423

Reuters
Diterbitkan:  Jan 26, 2022 8:59 AM⋅
Dikemaskini: 8:59 AM



GLOBAL | Penyelidikan awal mencadangkan sebatian bukan psikoaktif popular yang berasal daripada ganja mungkin membantu mencegah atau merawat Covid-19 namun memerlukan siasatan lanjut dalam ujian klinikal yang ketat, kata para penyelidik.

Beberapa kajian makmal terbaru tentang cannabidiol, atau CBD, telah menarik perhatian media kerana menunjukkan hasil yang menjanjikan.

Walau bagaimanapun, banyak rawatan Covid berpotensi lain yang menjanjikan di makmal, daripada hydroxychloroquine kepada pelbagai ubat yang digunakan untuk merawat kanser dan penyakit lain, akhirnya gagal menunjukkan manfaat untuk pesakit Covid-19 selepas hasil ujian klinikal.

Marsha Rosner dari Universiti Chicago mengetuai pasukan yang menemukan CBD nampaknya membantu membendung SARS-CoV-2 dalam sel yang dijangkiti melalui eksperimen makmal.

"Penemuan kami tidak mengatakan ini akan berkesan kepada pesakit. Penemuan kami dapat membina kes yang kukuh untuk melakukan ujian klinikal," katanya.



Menggunakan dos kecil CBD tulen dengan anggaran jumlah yang diterima pesakit dalam ubat oral yang telah diluluskan untuk sakit epilepsi teruk, Rosner dan rakan sekerjanya mendapati bahawa CBD tidak menghalang coronavirus daripada menjangkiti sel dalam tiub ujian.

Sebaliknya, ia bertindak sejurus selepas virus memasuki sel, menghalangnya daripada membuat salinan diri sebahagiannya melalui kesan terhadap radang di interferon (bahan protein yang dihasilkan oleh sel badan sebagai tindak balas kepada jangkitan virus yang membantutkan pertumbuhan virus tersebut).

Mereka menemui kesan yang sama pada tikus yang dijangkiti, menurut laporan dalam Science Advances.

Apabila mereka melihat sekumpulan orang dewasa dengan epilepsi yang teruk, para penyelidik mendapati mereka yang mengambil ubat CBD yang diluluskan mempunyai kadar Covid-19 yang lebih rendah.

Tetapi melihat ke belakang pada sebilangan kecil pesakit tidak menghasilkan maklumat konklusif dan hanya ujian klinikal rawak boleh melakukannya, jelas Rosner.

"Saya tahu mesej saya bukanlah sesuatu yang orang hendak dengar," katanya.

Pun begitu, dos kecil tetrahydrocannabinol (THC) - sebatian ganja yang menyebabkan kesan psikoaktof - asid cannabidiolic (CBDA), cannabidivarin (CBDV), cannabichromene (CBC) dan cannabigerol (CBG) tidak menghalang virus daripada mereplikasi sel atau menghalangnya daripada mereplikasi, menurut hasil penemuan pasukan itu lagi.

"Bukan sahaja THC tidak berfungsi, tetapi menggabungkannya dengan CBD menghalang CBD daripada berfungsi," kata Rosner.

Penawar Covid bukan di dispensari CBD

Pasukan berasingan melaporkan baru-baru ini dalam Journal of Natural Products bahawa dos CBG dan CBDA yang tinggi menghalang coronavirus daripada memecah masuk ke dalam sel.

Richard van Breemen dari Oregon State University memberitahu Reuters bahawa dos yang diuji oleh pasukannya adalah tidak toksik kepada sel. Tidak jelas lagi bahawa dos yang sama tinggi akan selamat untuk manusia, kata pasukannya.

"Anda mahukan dos berkesan yang paling rendah," kata Rosner menjelaskan kemungkinan potensi kesan sampingan kerana ubat itu ditapis melalui hati.

CBD yang diuji oleh pasukannya adalah lebih daripada 98 peratus tulen, manakala ketulenan dalam produk komersial jauh lebih rendah.

"Orang ramai tidak sepatutnya bergegas mendapatkan CBD dari dispensari kegemaran mereka," katanya.



Produk CBD telah tersedia secara meluas dalam pelbagai bentuk dan telah digembar-gemburkan - selalunya tanpa bukti daripada ujian klinikal - sebagai rawatan untuk kesakitan dan penyakit lain.

Ujian CBD kecil pada manusia dengan Covid-19 sedang dijalankan.

Dalam satu kajian yang lengkap, penyelidik di Brazil secara rawak menugaskan 105 pesakit dengan Covid-19 ringan atau sederhana untuk menerima CBD atau plasebo selama 14 hari bersama-sama dengan penjagaan standard.

CBD tidak mempunyai kesan yang jelas, menurut laporan Oktober dalam Penyelidikan Cannabis dan Cannabinoid

Dalam kajian untuk membuktikan konsep ujian di Pusat Perubatan Sheba di Israel pula, penyelidik secara rawak menugaskan pesakit yang mempunyai Covid ringan untuk menerima CBD atau plasebo.

Ujian peringkat awal di Pusat Perubatan Rabin, juga di Israel, bertujuan untuk menguji kesan CBD dalam pesakit yang sakit teruk atau kritikal.

Bagaimanapun, ketua kajian Dr Moshe Yeshurun ​​memberitahu Reuters bahawa sukar untuk mengumpul peserta ujikaji kerana gelombang coronavirus yang dipacu Omicron ketika ini, "kebanyakannya terdiri daripada pesakit yang mempunyai penyakit ringan hingga sederhana."

Pasukan Rosner sedang meneroka kemungkinan ujian klinikal yang mungkin akan menumpukan terhadap kes Covid yang asimtomatik atau ringan.

Sementara itu, dia bimbang laporan media yang melebih-lebihkan potensi kanabinoid akan membawa orang ramai untuk mengubati diri sendiri dengan CBD, berhenti menggunakan penutup muka dan mengelakkan vaksin.

"Kami ingin menyatakan secara khusus" bahawa dos kanabinoid tertentu membantu, katanya, tetapi pada ketika ini, "antibodi yang disebabkan oleh vaksin dan ubat antibodi adalah lebih berkesan untuk menyekat jangkitan."

(Laporan oleh Nancy Lapid; Penyuntingan oleh Michele Gershberg dan Bill Berkrot)

- Reuters

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 10:00 AM | Show all posts
so?

sehari sedapur sebal giteeww?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.534443 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list