CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1307|Reply: 15

Isu Royalti Ciput, Tak Masuk Akal- Tomok Bukan Nak Kecoh, "Artis Simpan Duit, Jangan Membazir"

  [Copy link]
Post time 26-1-2022 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Berasa sedikit ralat terhadap jumlah bayaran royalti yang dirasakan tidak setimpal dengan hasil kerja, penyanyi dan pelakon Tomok menasihatkan anak seni agar memilkiki simpanan dan berhemah dalam berbelanja.


Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, memberitahu jumlah bayaran royalti yang rendah merupakan realiti yang perlu dihadapi oleh penggiat seni tanah air khususnya kepada komposer, penulis lirik dan penyanyi.




Foto: IG




“Itulah realiti yang kami sebagai anak seni perlu hadapi walaupun memang tak masuk akal pun jumlahnya.


“Disebabkan hal itu, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri agar sentiasa membuat simpanan dan tidak membazir untuk perkara lain,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar virtual drama Tumpang Lalu Bang hari ini.


Tiada niat untuk membuat kecoh atau menularkan isu tersebut, anggota kumpulan New Boyz itu menjelaskan perkongsiannya dalam satu hantaran Instagram baru-baru ini sebagai peringatan untuk semua pihak khususnya penggiat seni tanah air.


  



Katanya, kehidupan sebagai seorang penggiat seni juga tidak semuanya indah seperti yang dipaparkan kepada umum.


“Bukan semua yang indah dalam industri seni ini, sebenarnya ada sahaja waktu kehidupan yang sukar.


“Tidak terlintas pun dalam hati nak buat kecoh atau viralkan isu tersebut tetapi itulah realiti yang saya perlu beritahu kepada semua,” katanya lagi.




  



Dalam pada itu, bekas peserta program One In a Million itu turut menasihatkan agar semua anak seni sentiasa beringat dalam berbelanja.


“Nasihat saya, perlu simpan duit. Saya juga pernah berseronok satu ketika dulu tetapi perlu tahu bila waktu yang seharusnya menarik ‘hand break’ (tidak membazir),” ujarnya.




  



Terdahulu, pada 12 Januari lalu, Tomok memuat naik sekeping foto memaparkan penyata bank bayaran royalti sebagai seorang komposer yang diterimanya iaitu berjumlah RM19.60 bagi tahun 2013 sehingga 2020.




  



“Pahit untuk ditelan tetapi tidak mengapa, terus pandang ke depan,” tulisnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la apa yg dia cakap...artis ni tak selama nya hiduo mewah unless korg tangkap jerung atau hidup berjimat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:39 AM | Show all posts
mak aiiii ciput nya bayaran royalti ni? giloss.. ni byr bukan setahun kot dari 2013! ni mcm ckup syarat jer ek? ni tok sheila boleh jawab ke tak persoalan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:44 AM | Show all posts
wartawan ni buat homework n research tak masa tulis artikel ni? Tomok tahun ni 38. Apsal dia makin muda lak?

nasihat yang bagus Tomok. Kena simpan duit. Tapi Tomok ni rajin cari duit. Selain menyanyi, heols ada business franchise Chatime. Rumah heols pun takde la melampau harganya. Teres biasa je, cuma corner lot la n mampu milik. Ukur baju di badan sendiri kan? Kereta kancil dia dulu dulu pun masih ada dia pakai...jenis tak lupa diri pernah susah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape je lagu yg ko buat tomok oi?royalti bg je la kt komposer tomok oi..ko 1 show brp riban dpt,komposer dpt royalti annual.lain la ko ada lanting duit show ko kt komposer tiap Kali perform
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:42 AM | Show all posts
Royalti artis Malaysia klu nak compare dgn artis antarabangsa mmg la tak sama .
international artis lagu main satu dunia
ko punya lagu org malaysia pon belum tentu dgr ...

jgn la fefeeling BTS ke john legend plak ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik rumah dia style industrial sangat, kat mana tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 10:00 AM | Show all posts
Kalau penyanyi camni, pelakon caner la ek? lagi2 yg berlakon Astro tu duk ulang tayang semua chanel smpai abg jamil mampus hidup balik.

pernah tengok reality show korea last year, ada pelakon bagitau dia masih dapat banyak royalti dari drama Coffee Prince (2007) sbb citer tu masih ada tayang kat beberapa negara.. padahal dia bukan lead actress pon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 10:23 AM | Show all posts
lasagna replied at 26-1-2022 08:39 AM
mak aiiii ciput nya bayaran royalti ni? giloss.. ni byr bukan setahun kot dari 2013! ni mcm ckup sya ...

atok shiela dah aman2 resign agittewww
idop sheolss pun macam hado2
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols takut tgk tangga umah tomok tu huhu, tak jatuh ke anak dia panjat?
Iols penakut tangga mmg takut la nak naik tinggi2 tangga ada lobang gitu. Sedangkan nak turun naik tangga bergerak di gedung membeli belah pun selalu amik masa duk teragak2 nak letak kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 01:37 PM | Show all posts
Bagus Tomok ni.  Pandai dia plan hidup dia.  Nampak ada stabiliti.  Dia pun ada rumah sewa yang bagi pasif income utk family.  Good job!  Diharap retis2 lain ikut contoh Tomok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 01:40 PM | Show all posts
makgetah replied at 26-1-2022 09:53 AM
Cantik rumah dia style industrial sangat, kat mana tu

Setia alam je chuols. Aku pun suka tengok rumah heols..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:05 PM | Show all posts
baguslaa beringat. respect dia ni jenis pandai simpan duit n bukan mcm2 geng dia yg suka show off reta
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 26-1-2022 01:40 PM
Setia alam je chuols. Aku pun suka tengok rumah heols..

Ye ke thanks chuols. Aku penah jumpa tomok ni dgn family alahai simple nye wife dia and cantik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:33 PM | Show all posts
Mak aii ciputnya royalti.. mohon SPRM siasat
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-1-2022 10:23 AM
atok shiela dah aman2 resign agittewww
idop sheolss pun macam hado2

haiyoooo terlupo plak acik dia dah aman2 resign.. sapo yg replace sheol skrg kaka dud? aduhh ketingalan bullet train acik haaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.152308 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list