CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 5

[Dunia] Rakyat New Zealand buat pembelian panik tisu tandas

[Copy link]
Post time 25-1-2022 10:07 PM | Show all posts |Read mode

Rak tisu tandas hampir kosong yang dirakam di pasar raya di New Zealand selepas sekatan baharu Covid-19 diumumkan pada Ahad lalu. - NZ Herald

Rakyat New Zealand buat pembelian panik tisu tandas

WELLINGTON, New Zealand – Pasar raya-pasar raaya  di New Zealand dikhuatiri akan berdepan kekurangan bekalan tisu tandas dalam masa seminggu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Ini berikutan pembelian panik yang dilakukan oleh  penduduknya selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengumumkan sekatan terbaharu Covid-19 bagi membendung penularan varian Omicron.

Bagaimanapun, Ardern menegaskan bahawa sekatan baharu itu bukanlah perintah berkurung kerana premis-premis perniagaan masih dibuka seperti biasa dan tiada sebarang pembatasan dalam perjalanan di seluruh negara.

Justeru, beliau menggesa rakyat New Zealand untuk tidak membuat pembelian panik dan  bertenang selepas rakaman video menunjukkan rak-rak barang keperluan asas terutamanya tisu tandas di pasar raya didapati kosong.

Rakaman yang disiarkan di media sosial itu menunjukkan sebahagian besar rak menempatkan  tisu tandas didapati kosong di pasar raya-pasar raya  di Mount Eden, Auckland, dan Warkworth, sejak Ahad lalu.

Rangkaian pasar raya New Zealand, Countdown mengesahkan bahawa tisu tandas dan makanan kucing adalah antara barangan yang paling banyak dibeli pada hujung minggu lalu.

Serbuan oleh pembeli turut memaksa pihak pengurusan pasar raya meletakkan had ke atas barangan penting dalam usaha untuk menghentikan pembelian panik.

Pakar rantaian bekalan Universiti Auckland, David Robb memberi amaran bahawa tisu tandas akan kehabisan di pasar raya di seluruh New Zealand dalam masa seminggu jika masalah itu  tidak diatasi segera.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Countdown, Kiri Hannifin mengakui terdapat peningkatan dalam penjualan tisu tanda beberapa jam selepas kerajaan mengumumkan sekatan baharu.

“Kami memahami asas pembelian secara pukal yang dilakukan oleh pelanggan sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Namun begitu, kami mohon agar pelanggan tidak bertindak keterlaluan dan jangan bersikap pentingkan diri sendiri,” tegasnya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... -panik-tisu-tandas/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 10:21 PM | Show all posts
korang tak rindu panic buying ke? dapat penuhkan troli dengan bermacam2 makanan yang tak luak sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bangsa berak xcebok mcm ni lah haii
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali belajar cebok. Eiii tak busyuk dan berlendir ker wipe ajer dengan tisu? Mesti ader sisa di tepian lubsjubs. Tak terbau ker masa bersenggama? Nampak mewangi di luar tapi hazardous di dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
domestobot replied at 25-1-2022 10:21 PM
korang tak rindu panic buying ke? dapat penuhkan troli dengan bermacam2 makanan yang tak luak sampai ...

Penuhkan troli zaman harga hazabedah tinggi sehingga langit ketujuh? Rindu memang rindu, tapi majoriti rokyat bukan vincent tan. Weols ikat perut di zamam penuh pancaroba inieyh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:19 AM | Show all posts
roti garde@#a dgn tisu tandas???
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.430835 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list