CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1680|Reply: 13

[Politik] Azam (Baki) jadi ancaman selepas bongkar bukti 1MDB yang disembunyikan – NGO

[Copy link]
Post time 25-1-2022 09:03 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Kontroversi yang menimpa Tan Sri Azam Baki tiada kena mengena dengan isu pembelian saham, sebaliknya ia hanya alasan untuk memburukkan kredibiliti Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Pengerusi Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz mendakwa, isu sebenar adalah bukti-bukti yang sebelum ini telah disembunyikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam kes 1MDB telah didedahkan oleh Azam.

Sebagai contoh bukti yang disembunyikan itu, jelas beliau, penerimaan wang oleh suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri Kabinet, Tan Sri Nor Mohamad Yaacob serta penglibatan Zeti sendiri.

“Ada beberapa bukti lagi yang sekarang ini ada di luar negara dan jika bukti-bukti ini juga dibawa balik oleh Azam maka kesemua kes ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan gugur.

“Lebih kurang RM800 juta lebih wang 1MDB telah diberikan ke Yayasan Rakyat Pulau Pinang DAP oleh Low Taek Jho atau Jho Low tapi yang hairannya tiada seorang individu pun tidak dituduh mahu pun akaun mereka dibekukan,” dakwanya di luar Pintu 3 Istana Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata pada sidang media selepas PSUM menghantar dua referendum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Referendum itu berkaitan ‘Tanda Tidak Puas Hati Rakyat Malaysia Terhadap Penganiayaan Kepada Najib’ dan ‘Kekalkan Azam Sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia’.

Syed Muhammad Imran turut mendakwa terdapat individu-individu yang menerima wang 1MDB antara ratusan ribu ringgit hingga puluhan juta ringgit namun mereka juga tidak dituduh atau dibekukan akaun-akaun mereka.

Bagaimana kata beliau, berbanding dengan mereka yang terlibat dengan Najib, akaun-akaun mereka ini semua dibekukan dan mereka disiasat.

“Ini kerana semasa PH berkuasa kes Yayasan Rakyat Pulau Pinang DAP menerima RM800 juta telah diserahkan kepada pihak polis, manakala kes lain yang terlibat dengan Najib telah diserahkan kepada bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya ketika itu.

“SPRM telah menjalankan tugas mereka dengan telus dan menyiasat semua orang yang telah terima wang 1MDB dan membekukan akaun-akaun mereka,” katanya.

Syed Muhammad Imran memberitahu, apabila isu Yayasan Rakyat Pulau Pinang DAP itu dibangkitkan baru-baru ini terdapat tekanan supaya SPRM mengambil alih kes tersebut.

Ini kerana jika SPRM mengambil alih kes ini maka lagi banyak hal-hal pelik yang disembunyikan akan didedahkan.

“Ini kerana kebanyakan tokoh-tokoh di Yayasan DAP ini dan penerima-penerima dana 1MDB ini adalah mereka mereka yang rapat dengan DAP.

“Ada individu dari Yayasan DAP ini yang terima puluhan juta ringgit tapi tidak dituduh langsung mahu pun akaun dibeku,” dakwanya lagi.

Syed Muhammad Imran juga memberitahu, Azam telah menyatakan kesudian SPRM untuk mengambil alih kes itu daripada pihak polis.

Jelas beliau, sekiranya SPRM mengambil alih kes itu, ia akan merungkai siapa yang memberi arahan supaya Yayasan Rakyat Pulau Pinang DAP itu dikecualikan daripada disiasat.

“Kita hendak tahu sama ada arahan ini dari Lim Guan Eng atau individu lain.

“Justeru itu mereka melihat Azam sebagai satu ancaman dan perlu disingkirkan.

“Kemudian dalam kes rasuah Guan Eng, Azam adalah saksi dan komponen penting dalam kes itu.

“Jika kredibiliti Azam rosak, maka kes Guan Eng ini akan memihak kepadanya,” katanya.

https://malaysiagazette.com/2022/01/24/azam-jadi-ancaman-selepas-bongkar-bukti-1mdb-yang-disembunyikan-ngo/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 11:19 PM | Show all posts
tiada siapa orang politik yang betul2 boleh dipercayai, mungkin 1% sahaja yang berguna. Selain itu, staf gomen yang level2 atasan. Itulah orang kata, bila ada kuasa, semua lupa diri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo..patutla..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la dia pegang telo siapa..declare duit dlm akaun tu..kakitangan kerajaan dan swasta kena declare apasal ketua sprm tak kena declare?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:27 AM | Show all posts
lantak korang lh...bukan aq yg kaya jugak...ambiklah semua
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:37 AM | Show all posts
Dah salah tu, salah la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp najibun byr sahabat amri yaya nih?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat lah depa ni gila harta betol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 11:00 PM | Show all posts
Firenzza replied at 26-1-2022 08:55 PM
Brp najibun byr sahabat amri yaya nih?

abis tu....singapore yg dedah maklumat dan pulangkan balik dana 1mdb yg berkaitan dgn keluarga zeti, najibun byr jugak ke...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
'Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM)' 1st time dengar nama persatuan ni..masa PH jadi kerajaan,dia sahabat dengan ulil amri belah mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 12:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 12:15 PM | Show all posts
Perosak negara pencuri duit negara penjual negara tak mau pula macik dan pacik nak suruh mereka bertaubat,

Ini nak suruh sajat bertaubat buat apa!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 12:32 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 10-2-2022 12:15 PM
Perosak negara pencuri duit negara penjual negara tak mau pula macik dan pacik nak suruh mereka bert ...

siapa yg kau maksudkan nie....keluarga zety ke..yg kau suruh bertaubat.

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 9-2-2022 08:32 PM
siapa yg kau maksudkan nie....keluarga zety ke..yg kau suruh bertaubat.

Semua yang terlibat dengan rasuah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.066834 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list