CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4450|Reply: 84

[Tempatan] Kebanyakan parents setuju anak dpt vaksin seawal umur 5 tahun. Program mula bulan Feb

[Copy link]
Post time 25-1-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 1-2-2022 10:31 AM

Vaksin seawal usia 5 tahun disambut baik
By Nurul Husna Bt Mohd Hysham
January 25, 2022


KUCHING, 25 Jan : Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan pemberian vaksin covid-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun bermula Februari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya bersetuju memberi kelulusan bersyarat kepada Vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) untuk kegunaan kanak-kanak berkenaan.

Dalam tinjauan TVS disini mendapati kebanyakan ibu bapa bersetuju membenarkan anak-anak mereka diberi suntikan vaksin covid-19.

Menurut Angelynn Sudin, 30, kebimbangan terhadap varian baharu omicron membuatkannya mahu vaksin tersebut digerakan.

“Bagi saya memang patut diberi vaksin kepada kanak-kanak kerana sekarang pun musim covid tambah lagi dengan varian omicron. Mereka juga suka bergaul dengan rakan-rakannya di sekolah jadi saya sangat bersetuju sekiranya kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun itu diberi suntikan vaksin.”katanya.

Bagi Mohammad Sarizan Annuar, 40, pula menyifatkan pemberian vaksin tersebut boleh meningkatkan lagi imunisasi kanak-kanak.

Justeru beliau bersedia untuk mendaftarkan anak-anaknya untuk menerima vaksin tersebut.

Di samping itu, terdapat juga segelintir ibu bapa yang belum bersedia untuk membenarkan anak-anak mereka mendapat suntikan vaksin covid-19 sebelum mendapatkan nasihat doktor.

Lidiana Suyanto menzahirkan keraguan itu dan mahu merujuk perkara tersbeut dengan doktor terlebih dahulu.

“Bukannya saya tidak mahu tetapi mungkin saya akan merujuk kepada doktor dahulu.”

“Hal ini kerana saya tidak pasti dengan kesan sampingan jika vaksin tersebut diberikan kepada kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun itu.” katanya.

Untuk rekod, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata tempahan janji temu vaksinasi bagi kanak-kanak  akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari ini. – TVS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk dulu cougar dia tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Suh org sarawak dulu laa booster aritu pun sana buat dulu kan.

Kalau tak wajib iols mmg taknak amik sbb aritu anak iols kena covid walau ct value dia rendah tp dia paling cepat sembuh.
Dia tak sihat dlm 1-2 hari je ada muntah2 sbb tak lalu mkn pastu sakit kepala.
Ingat lagi dia ckp, rasa macam ada ulat dlm kepala huhu.
Bila dh buang air besar perut dia mcm dh boleh terima makanan, bila dh start makan elok je sihat dan boleh main.

Buat masa skrg ni iols lagi risau dengan penyakit muntah2 n berak2 tu. Stomach flu ke apatah boleh berjangkit melalui udara.
Jenuh kalau anak berak2 bagai kita yg tua pun lembik apatah lg budak2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Parents mana yang setuju tu? ????
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:38 PM | Show all posts
baca komen2 kt fb, parents ramai tak setuju
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:40 PM | Show all posts
Suchi replied at 25-1-2022 03:34 AM
Suh org sarawak dulu laa booster aritu pun sana buat dulu kan.

Kalau tak wajib iols mmg taknak amik ...

Me tanya anak jiran classmate my daughter , dia pun cakap sakit kepala aje.. Itu aje, bau tak hilang, so dia boleh smell segala benda makan pun tetap kuat..

Me tengok video anak my boss, siap boleh menari bagai berkaraoke, happy gila..

So effect covid berbeza setiap orang.

Tapi tu lah kita ni ibubapa, flu pun tak ingin anak kena...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
anak akak 11 tahun. esok lusa kalau dpt cucuk, barula senang hati nak bawak travel sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara sy aritu kena covid, rdrp 26...tp xde simptom lgsg..umo 11 tahun
Masa kt pusat kuarantin pn ada 6 org bdk2 yg serumah dgn sy positif covid...umo antara 1-
12 taun...tp sy tgk bebudak tu semua xde simptom lgsg..dorg siap bole main2, blari2..
Jgn la sbb 10 org kanak2 yg mati sbb covid..kkm nk vaksin kanak2 1 msia...cucuk la yg berminat atau yg ada komorbid je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2022 10:13 PM | Show all posts
Tiada sekatan dikenakan kepada kanak-kanak tidak divaksin – Khairy
Bernama -
25 January 2022


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang tidak mendapat vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.

Namun menurutnya, ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan anak masing-masing di aplikasi MySejahtera (MySJ), demi melindungi mereka daripada COVID-19.

“Daftar anak anda (5-11 tahun) untuk #PICKids di MySJ. Lindungi mereka dari COVID-19,” katanya dalam ciapan terkini di Twitter.

Minggu lalu, Khairy memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada akhir bulan ini, bermula di Lembah Klang dahulu.

Melalui inisiatif itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 70 peratus kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal Februari 2022, dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.

KKM ketika ini mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, yang antara lain ialah kebenaran makan di restoran. – Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Beliau berkata, golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.

Abes program pick dewasa diwajibkn ke???...smp ko nk susahkn gol dewasa yg tak amik vaksin...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 25-1-2022 10:13 PM
Tiada sekatan dikenakan kepada kanak-kanak tidak divaksin – Khairy
Bernama -
25 January 2022

Seorang mukmin tidak akan dipatuk dari lubang yang sama dua kali.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay hari ni dia kabor takde sekatan kan. Tengok la esok lusa mcmane dia kasi spin ayat lain pulak. Done sikirinshot!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 25-1-2022 10:18 PM
Beliau berkata, golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana  ...

Kari ..kalau bercakap,mana boleh pakai..dengar boleh la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Marunggey replied at 25-1-2022 10:58 PM
Okay hari ni dia kabor takde sekatan kan. Tengok la esok lusa mcmane dia kasi spin ayat lain pulak.  ...

Makhluk hitam lidah bercabang itu kata "kerajaan" tidak akan sekat, tetapi yang akan mengenakan sekatan nanti ialah para alibaba antuvaksin yang buta undang-undang. Tunggu dan lihat, perkara pertama akan berlaku selepas ini ialah sekatan ke tadika dan pusat asuhan swasta.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia habaq sasaran budak2 5-11thn 70% vaccination. In 6months time 80%. Later tukaq pulak target jd 90%. Next stage kejaq baki 10% yg xvaccine feeling déjà vu puleekkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cilanat btl si kj ni. ..kanak2 pun x terlepas.....klu kanak2 tiba2 jatuh sakit..lumpuh..adakah kau nak bertanggungjawab..bullshit lah kau..x guna jd lulusan oxford klu asik ikut telunjuk big power je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 08:13 AM | Show all posts
aku dh complete booster pun xnak bg anak3 aku cucuk dulu...wait and see...tp dh reg kat mysj...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2022 11:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.114997 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list