CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 6

[Tempatan] Lelaki didakwa hantar gambar lucah kepada wanita kena waran tangkap

[Copy link]
Post time 25-1-2022 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki didakwa hantar gambar lucah kepada wanita kena waran tangkap

https://www.utusan.com.my/nasion ... kena-waran-tangkap/

Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
25 Januari 2022, 2:25 pm


NAZRUL Nizam Mohd. Zameri (kanan) bercakap kepada pemberita berhubung waran tangkap dikenakan kepada seorang yang lelaki gagal hadir pertuduhan kes di Mahkamah Sesyen Sepang. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA

SEPANG: Mahkamah Sesyen Sepang mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki  yang didakwa menghantar gambar lucah kepada seorang wanita kerana  gagal hadir ke mahkamah  bagi kes yang dihadapinya.

Waran tangkap tersebut dikeluarkan terhadap Muhammad Hakim Habibullah yang berdepan 12 pertuduhan di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.  

Hakim Noorhisham Mohd. Jaafar dan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil mengeluarkan waran tangkap itu selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Mohd. Zameri di dua mahkamah  di sini dengan tarikh sebutan pendengaran waran tangkap ditetapkan pada 24 Februari.

Nazrul Nizam ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya dimaklumkan lelaki itu yang juga orang kena saman (OKS) berada di Alor Setar, Kedah sekali gus gagal hadir bagi pertuduhan yang dihadapinya di kedua-dua mahkamah tersebut.

“Kes yang dihadapinya melibatkan penghantaran gambar lucah melalui rangkaian aplikasi Facebook dan WhatsApp kepada seorang wanita.

“Mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan,” katanya.- UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 03:59 PM | Show all posts
yg dlm group opis ni kdg bcakap lucah ata gmbr x sedap ditengok nak je report jgkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 05:24 PM | Show all posts
Boss kat opis saya minta gambar pakai baju tido. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah tgk whatsapp group motor, some yg tua-tua ni lagi geli baca apa dorg ckp. Tua x sedar diri..
Share pun gambar merepek je
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:38 AM | Show all posts
petpom replied at 25-1-2022 05:24 PM
Boss kat opis saya minta gambar pakai baju tido. Hahahaha

errrr lawa ke hang?.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak i sendiri share gambar xsenonoh kat group family chat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2022 01:22 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 26-1-2022 03:38 AM
errrr lawa ke hang?.........

Lawa tu tak la. Biasher2... sedap la mata memandang. Hahahahaha. Tak la. Gurau je la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064800 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list