CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 97|Reply: 0

[Sabah] Pasangan suami isteri maut dilanggar

[Copy link]
Post time 25-1-2022 12:58 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Mangsa bersama motosikalnya tercampak sejauh 14 meter ke bahu jalan akibat hentaman kuat daripada pacuan empat roda.

TAWAU: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar pacuan empat roda di Kampung Inderasabah, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, Nurur Aidil Fitri Nordin,29, maut di lokasi kejadian, manakala suaminya Al Sebal Warid,29, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.26 petang.

Katanya, difahamkan mangsa bergerak dari arah Inderasabah menuju ke Taman Sawit, manakala pacuan empat roda berkenaan di laluan bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu pacuan empat roda telah memasuki laluan bertentangan untuk memotong dua buah kenderaan.

“Mangsa yang berada dilaluan kanan cuba mengelak, namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan motosikal mangsa bertembung dengan pacuan empat roda berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, akibat kemalangan tersebut kedua-dua mangsa tercampak sejauh 14 meter ke bahu jalan dan pembonceng iaitu Nurur Aidil Fitri disahkan meninggal di lokasi kejadian.

“Manakala, suaminya iaitu penunggang motosikal pula dikejarkan ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan, namun turut disahkan meninggal dunia.

“Pemandu dan penumpang pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya kereta mereka sahaja yang rosak akibat kemalangan itu,” katanya.

Peter berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu pacuan empat roda ketika memotong kenderaan lain.

“Pemandu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/25

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.081074 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list