CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Sabah] LPPB perlu kenal pasti PPR berhampiran tempatkan penduduk

[Copy link]
Post time 25-1-2022 12:54 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Reduan (kanan) menyerahkan limau mandarin kepada salah seorang penerima sebagai simbolik selamat merayakan Tahun Baharu Cina 2022.

KOTA KINABALU: Pihak Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) diminta untuk segera mengenal pasti rumah-rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) berhampiran untuk menempatkan penduduk rumah pangsa di Tanjung Aru.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru Mohd Reduan Hj Aklee berkata, jangan pindahkan penduduk ke kawasan yang jauh seperti mana dalam rancangan LPPB kini.

"Pada 6 Januari lepas saya bersama pengurusan tertinggi LPPB ada membuat perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian bersama dan terbaik kepada penduduk rumah pangsa ini.

"Dalam perbincangan itu, saya menekankan bahawa pihak LPPB perlu dapatkan dahulu laporan sahih daripada pihak Jabatan Kerja Raya atau badan-badan bertauliah mengenai keutuhan bangunan berkenaan.

"Sekiranya keutuhan bangunan didapati tidak selamat, maka beri peluang kepada penduduk untuk berpindah di kawasan berhampiran sekitar Tanjung Aru," katanya ketika ditemui di sini selepas mengadakan Tinjau Mesra Sempena Tahun Baharu Cina 2022 di sini, hari ini.

Beliau berkata, jangan pindahkan penduduk ke kawasan     PPR yang jauh di Sepanggar seperti Puri Warisan dan Taman Jaya Diri.

Reduan menekankan LPPB perlu berkerjasama dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) serta Majlis Daerah Penampang, Putatan bagi mengenal pasti kekosongan PPR yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

"Sekiranya keutuhan bangunan rumah pangsa ini masih selamat, kita juga menyeru kerajaan agar dapat membantu menyediakan dana peruntukan untuk membaiki rumah pangsa ini, sementara kita mencari tempat yang lebih baik serta kondusif kepada penduduk.

"Kita difahamkan penduduk di sini bukan tinggal setahun dua sahaja tetapi sudah lama dan bangunan ini telah dibina lebih 50 tahun...jadi wujudnya nilai sentimental di sini,"katanya.

Bagaimanapun, pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan penduduk dan sekiranya bangunan berkenaan benar-benar tidak selamat diduduki, maka tempatkan para penduduk di kawasan berhampiran Tanjung Aru.

Dalam pada itu katanya, beliau juga akan membawa 11 ketua blok rumah pangsa itu untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi LPPB bagi mengadakan sesi perbincangan selanjutnya.

"Masa akan ditentukan saya dan akan dimaklumkan kepada semua ketua blok kemudian.

"Tarikh pengosongan rumah pangsa ini sebenarnya belum ditetapkan, LPPB hanya menguna pakai notis yang dikeluarkan bertarikh Disember 2021, tetapi LPPB juga mempunyai tanggungjawab mencari penempatan baharu kepada penduduk di sini.

"Sekiranya belum mendapat rumah baharu untuk digantikan, mereka tidak akan dihalau...ini yang saya difahamkan dalam pertemuan dengan LPPB," katanya.

Oleh itu katanya, tiada wujud isu 'halau menghalau' kerana LPPB sedang giat mengenal pasti rumah kosong PPR berhampiran kawasan ini.

Dalam pada itu, Reduan menjelaskan acara tinjau mesra Tahun Baharu Cina itu adalah acara tahunan di kawasan Tanjung Aru dan Sembulan.

"Kita bagi limau mandarin dan kad ucapan kepada masyarakat Tiong Hwa yang bakal meraikan perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu depan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.083826 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list