CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Sabah] Polis buru suspek dua kejadian samun di KK

[Copy link]
Post time 25-1-2022 12:52 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Tindakan sekumpulan lelaki menyamun dalam kejadian di kawasan parkir sebuah pusat hiburan di sini mengakibatkan seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM18,000.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah (gambar) berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dan rakannya berada di pusat hiburan terbabit dan semasa menuju ke kereta, mereka tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki.

Menurutnya, mangsa dipukul menggunakan botol kaca hingga mengakibatkan kecederaan di bahagian muka, mata dan telinga.

"Kumpulan suspek terbabit bertindak menyamun rantai emas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

"Siasatan awal mendapati, mangsa yang berumur 45 tahun itu tidak mengetahui jumlah suspek yang terlibat dan bagaimana kesemua suspek meninggalkan kawasan parkir terbabit.

"Mangsa dan rakannya terus ke Balai Polis Penampang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu," katanya dalam kenyataan media di sini.

Sementara itu, dalam satu lagi kes samun berasingan, seorang pelajar turut cedera di bahagian leher selepas cuba melawan suspek yang menyamunnya dalam kejadian di kawasan Kompleks Api-Api Centre di sini.

Mohd Zaidi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi hari yang sama dengan kes pertama, mangsa yang berumur 19 tahun sedang menunggu kenderaan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, kejadian terbabit mengakibatkan mangsa kerugian wang tunai sebanyak RM70 selain dokumen peribadi yang turut dilarikan suspek.

"Suspek dilaporkan bertindak agresif dengan menyerang mangsa menggunakan benda tajam.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan luka di leher manakala suspek dilihat melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan berwarna hitam dengan nombor pendaftaran SAA8435B.

"Bagaimanapun, semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan terbabit adalah palsu," jelasnya.

Menurutnya, setakat ini belum ada tangkapan berjaya dibuat dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, pihaknya meminta saksi kejadian supaya tampil membantu menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Mohamed Anwar Mohamed Jamil di talian 013-4274631 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.


utusanborneo.com.my/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.243535 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list