CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 557|Reply: 2

[Kedah] Polis tahan lelaki, rampas 180 mesin bitcoin

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian mesin dan peralatan bitcoin yang dirampas, (gambar kanan) suspek yang ditahan. FOTO Ihsan Polis

Langkawi: Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan perlombongan Bitcoin dan merampas 180 mesin di sebuah premis di Persiaran Putra, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata suspek warga tempatan berusia 28 tahun ditahan dalam serbuan pada 12.05 tengah malam.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah menahan suspek di Taman Simfoni.

"Polis dibantu lelaki terbabit membuka pintu di sebuah premis sebelum menemui peralatan disyaki digunakan untuk perlombongan mata wang digital bitcoin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, polis turut menemui bukti berlaku penyambungan elektrik secara haram dalam premis terbabit sehingga menyebabkan kerugian pada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Serbuan dan pemeriksaan turut disertai kakitangan Teknikal TNB.

"Antara barangan rampasan termasuk mesin bitcoin sebanyak 180 unit, modem wifi (tiga), penyambung internet (lapan) dan router (satu)," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 08:29 AM | Show all posts
Kegiatan perlombongan Bitcoin tanpa izin adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pemerintah dan pihak berkuasa harus memastikan bahawa undang-undang diikuti dan ketat mengawasi aktiviti yang berkaitan dengan mata wang digital untuk mencegah penipuan, pencucian wang dan aktiviti yang tidak sah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 09:48 PM | Show all posts
Wow lain maca. Harga mesin bitcoin dah lah mahal. Nak tahu tak Harga mesin bitcoin bervariasi tergantung pada tipe dan model mesin tersebut. Mesin bitcoin atau yang lebih dikenal sebagai ASIC (Application-Specific Integrated Circuit) adalah perangkat keras khusus yang dirancang untuk menambang bitcoin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058143 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list