CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2662|Reply: 44

[Tempatan] Bantuan Khas Kewangan 2022: Pegawai Gomen Yang Lengkap Vaksin & Tidak Ada Kes Disiplin Sahaja Yang Layak.

  [Copy link]
Post time 25-1-2022 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 25-1-2022 10:02 AM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 bernilai RM700 kepada pegawai perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara kerajaan, esok (hari ini).

Laman Twitter Jabatan Perkhidmatan Awam, ia adalah bantuan yang diluluskan dalam Belanjawan yang dibentangkan tahun lalu.

Bagaimanapun, bantuan itu ditangguhkan kepada pegawai kerajaan yang tidak menerima dos imunisasi COVID-19 lengkap selain atas sebab kesihatan.

Memetik surat edaran yang dilampirkan dalam laman itu, selain pesara kerajaan yang menerima pencen, veteran tidak berpencen juga akan menerima bayaran berkenaan.

"Selaras dengan keputusan itu, kaedah pelaksanaan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 adalah pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 sebanyak RM700.

"Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak adalah pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (CoS), pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

"Ia akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai," katanya, hari ini.

Selain itu, pembayaran berkenaan juga akan dipanjangkan kepada pegawai lantikan Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) yang masih berkhidmat pada 25 Januari ini dengan syarat tempoh kontraknya berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

"Turut layak ialah guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

"Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim serta Pesuruhjaya Kehakiman turut layak menerima bantuan," katanya.

Surat edaran itu menyebut, pesara dan veteran yang dilantik semula secara CoS dan masih berkhidmat pada 25 Januari ini adalah layak dibayar sebanyak RM700 dengan pembayaran RM350 dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam/Jabatan Hal Ehwal Veteran, manakala baki RM350 lagi dibayar oleh jabatan tempat pegawai itu berkhidmat.

"Mereka yang tidak layak adalah Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk mereka yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.

"Pegawai dikenakan hukuman tatatertib dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Januari serta mereka yang berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan," katanya.

Bagi pegawai kerajaan yang tidak mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap selain atas sebab kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan mendaftar, pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 akan ditangguhkan.

"Pegawai hanya layak dibayar sekiranya sudah melengkapkan dos imunisasi COVID-19 selewat-lewatnya pada 31 Mac ini.

"Penangguhan juga kepada mereka yang ditahan, digantung kerja atau surat pertuduhan sudah dikeluarkan Pihak Berkuasa Tatatertib," katanya yang menyebut mereka meninggal dunia pada 25 Januari layak menerima bantuan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/915282/bantuan-khas-rm700-penjawat-awam-rm350-pesara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Antuvaksin sudah kalah. Terpaksa main kasar sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kitorang heran ke setakat rm700 tu
Kesihatan lg penting la
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Cucuklah air suchi untuk mengawal penularan kobid nineteen, eh, untuk mendapatkan bonus $700 yang sudah semenangnya merupakan hak anda.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:06 AM | Show all posts
tk baik dorg buat mcmtu.... bg je lah!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:08 AM | Show all posts
eh eh, sapa suruh ko xnak cucuk. dah ko ckap vaksin tu bahaya khuenst, ibarat reward pd mereka yg sanggup mengambil risiko divaksin la....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn iols yg keje gomen ni dh stop meniskus share psl vaksin di fb
Agaknya dia dh tau kut kalau still mencapub psl kkm semua ni ..dinafikan hak utk dpt bonus or kenaikan pangkat.

Org patutnya diam2 je sudah.
Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
700… ade ke acik2 antivaksin dlm ni nak hulor? Tak kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak 700 tu. Takyah nak ego sangat defend diri tu antivaks. Banyak tu dah boleh pakai utk beli wacom wireless tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:53 PM | Show all posts
kahkah enjoy luuuu dpt 700
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Antivaxx semakin tertekan..haaa Padan muka. Kutip la lagi cerita konspirasi satu dunia...dengar cakap anti vaks yg entah spm pun cukup2 makan je. Theyols yg zombie sebenarnye kan duduk rumah. Tu belom yg merasuah sijil haram. Elok join gang Sittah je..duduk dalam belukar jadi penunggu dajjal tak bertauliah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:02 PM | Show all posts
wah tahniahlah acik gomen sekalian

dengan hutang dan komitmen keliling pinggang RM700 tu tak sempat singgah pun dalam wallet lagi mahu fefeeling antivaks ka

cucuk je lah dek





Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:29 PM | Show all posts
kesian nya...
hak mereka tu...
kerana tak cucuk terus dinafikan hak mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:31 PM | Show all posts
kalo dek kerana 700 tu...
depa dok cucuk...
nasib x baik dapat mudarat...
berbaloi ke 700 tu?

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
iolls pelik kenapa penjawat awam ni perlu bantuan kewangan lagi? Selama ni pun gaji elok je jalan kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahh kapitalisme suda brmula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 04:59 PM | Show all posts
700 cukup le belanja dapur untuk dua minggu kan, alhamdullilah.

barang makin mahal uols...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
yg orng politik TAK SANGGUP BUAT....'BELUM VAKSIN LENGKAP...TAK BOLEH MENGUNDI'
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak kerjaan mendiskriminasi rakyat sb x vaksin mcm ni...ada sebab depa x nk vaksin..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bagi 700 jer pun. Banyak benar syaratnya. ????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062667 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list