CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13648|Reply: 11

[Kedah] Pusat Rawatan Amal Sg Petani

[Copy link]
Post time 25-1-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Samerosie at 25-1-2022 09:52 AM

Salam warga Bod Kedah dan Utara,
I nak tanya, dah lama dah dapat message dari Pusat Rawatan Amal ni minta derma.  I pernah la transfer seratus dua time tu bulan puasa dia cakap bekalan makanan dah habis anak2 tak ada makanan nak berbuka langsung etc.  Message tu cakap kalau bg seratus pun tak pe boleh la lepas beli beras dgn telur ke apa la camtu.  Lepas derma tu terfikir pula eh kalau malam tu tak de makanan nak berbuka boleh je berbuka kat masjid.  Tapi tak pelah kan husnozon tapi sejak haritu tu memang bertalu2 la dapat message minta sumbangan.   Last sekali I dapat message last year dekat Raya Haji minta derma qurban kambing.  I ignored je tapi bertalu2 message kalau tak boleh sumbang seekor, suruh ambil bahagian RM700 ke berapatah sebab konon nya anak2 asnaf yg derang jaga tu teringin nak makan daging kambing. Macam tak betul pula, bila dah macam tu I block number tu.

Kelmarin, tiba2 ada call, selalu kalau I tak kenal I tak angkat tapi ntah kenapa I angkat walaupun kat situ Truecall ckp spam.  Rupanya dari Pusat ni la minta derma, she introduced herself as Tabihah Siti Aisyah, cerita la macam2 lepas tu buat suara macam sebak2 kata semua kat situ berharap, makanan dah kurang la bagai, cikgu2 semua kerja free, itu ini.  Time Covid ni dah tak boleh kerja jual2 kat luar etc.  I just minta dia wa details je, sebab bila dengar macam tu sedih la gak ingat nak la transfer seratus dua ke.

And then, dia hantar wa tu siap dengan brochure product, I tengok mak kau tak ada yg below RM100 semua ke atas, kerepek je pun apa ni?  Bukan brand signature ke amazing grace ke bukan seguni tapi sebotol! So I googled la pasal ni, rupanya ramai juga dapat message yg sama dan mostly cakap derang scammer.  MO gunakan cerita sedih anak2 terputus makanan, teringin nak makan kek teringin nak itu ini etc bagai.

Siap ada kes sebab kena arah tutup tapi derang duk bertukar nama dan berpindah, tapi bank details sama alamat sama, i check memang betul bank details sama.  Polis cakap dalam salah satu akaun bank ada RM300k.  Lepas tu baru teringat, beriya iya si Siti Aisyah ni cakap bila dah order jgn lupa tag nama dia.  Dapat komisen ke apa ni?  Tapi ada pula setengah yg cakap ini semua fitnah derang dah pergi tempat tu and elok je derma.

So I nak tanya la para Kedahan, derang ni betul ke atau scammer je kalau siapa yg tahu?  Sebab kalau betul derang ni, memang i rasa bersalah la sebb selama ni ignore their plea for help, tapi kalau scammer memang patut dimaki.  Ni message dia hantar:


Assalamualaikum Puan..
Minta Maaf sekiranya sy mengnggu..
Sy yg hubungi puan untuk berkongsi hajat anak2 Yatim&Asnaf disni..
Saya Siti Aisyah mewakili dari Pusat Rawatan Amal yang menjaga

✅ Seramai 167 orang anak2 yatim dan anak2 asnaf, inilah jumlah pelajar buat masa sekarang ini, dimana pelajar2 rendah bersekolah kebangsaan, dan pelajar2 menengah, belajar Alquran
✅ Tiada yuran yang dikenakan, percuma sahaja dipenempatan ini, Staf& cikgu2 Berkhidmat secara sukarela tanpa Gaji

Dengan izin Allah, hanya bergantung atas usaha staf&cikgu2 sini dengan

✅Buat jualan Online, barangan produk2 Penawar keluaran Pusat Rawatan Amal, yang dihasilkan oleh staf2 disini
✅Tempat Rawatan Islam, Berbekam, Refleksi, Akupuntur, Doa Minda, dll

Alamat Pusat Jagaan kami
???? Pusat Rawatan Amal
No. 959-972, Jln Zamrud 6, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
https://maps.app.goo.gl/mzmbfT1dcJVTMXz68
Moga puan sekeluarga sihat, serta terhindar dari wabak penyakit..Aamiin..
Buat puan yg baik hati..

Dalam Keadaan wabak begini, Mmg semua orang amat terkesan..Begitu juga kami disini bersama dengan Anak2 yatim dan Asnaf disini yang Ramai

Tawakkal kami pada Allah swt sebagai cikgu2 dan petugas2 disini yg tidak bergaji dan anak yatim asnaf disini yg tidak beryuran..

Mudahan, puan sudilah menyambut hajat anak2 yatim& asnaf disini

Jika Ada yang nak berkongsi rezeki, bolehlah tolong bantu beli Barangan keluaran
Pusat Rawatan Amal kami ini
Disamping memberi kebajikan seikhlas hati berapapun

Setiap Kebaikan puan, amat sangat bermakna, Sedikit sebanyak, dapatlah  meringankan untuk kebajikan di penempatan ini

Boleh senaraikan nama2 arwah, hajat2
InsyaAllah, Anak2 asnaf ini, tidak jemu berdoa buat puan sekeluarga yang baik hati.. Murahh rezeki puan, sihat tubuh badan..Amin

===================
Jika ada yang nak sertai sama Kebajikan ini, bolehlah masukkan ke akaun ini

Akaun Kebajikan
????️ Maybank : Berkat Bakti Budi Enterprise
5521-0763-6308
ATAUPUN
????️ Cimb : Usaha Doa Enterprise 8604-7967-91

Maklumkan sekiranya ada buat kemasukkan
Siti Aisyah Wa.me/xxxx
=================
MINTA JASA BAIK TUAN SKIRANYA PUAN  NK TRANSFER JANGAN TULIS DI REFERENCE TU INFAQ, SUMBANGAN, SEDEKAH DLL..BANTU LAH KMI DENGN TULIS BELI BARANG ATAU LETAK NAMA PUAN @PRA...
Segala hasil Kebajikan, adalah untuk anak2 yatim&asnaf dan tujuan2 Kebajikan Lillahitaala






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 12:05 PM | Show all posts
hi sis. benda ni mmg scam. penah viral beberapa tahun lps. harap sis berhati2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 12:33 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 25-1-2022 12:36 PM
sfhzuraz replied at 25-1-2022 12:05 PM
hi sis. benda ni mmg scam. penah viral beberapa tahun lps. harap sis berhati2.

Thank you sis for the info.  Iols dah pernah derma tapi bila dia minta berkali2 macam weird pula.  Masa Tabihah Siti Aisyah tu called, i tanya mana dapat no tel, dia macam cepat je cakap melalui wa group kawan2 dan iklan di fb.  Bila cakap saya tak pernah iklan atau beli barang kat fb inikan pula nak edar no telepon, dan minta dia bgtau kawan mana wa group tu dia macam elak2.  Rupanya MO depa buat kat semua orang ye. mmmm alahai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:43 PM | Show all posts
Samerosie replied at 25-1-2022 12:33 PM
Thank you sis for the info.  Iols dah pernah derma tapi bila dia minta berkali2 macam weird pula.   ...

sy pun penah derma. terpedaya lps baca WA kononnya anak2 yatim jagaan masih belum ada baju sekolah. masa tu baru mula sesi persekolahan la. tak ingat tahun bila. lps dpt tau derang ni semua scammer terus sy ignore. tak lama lps tu kecoh pasal rumah jagaan derang ada prob dgn pbt sb takde lesen mcm tu la.

hati2 sis zaman skrg org nk minta duit mcm2 cara.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:19 AM | Show all posts
nasib baik jumpa thread ni. iols pun lemas la asyik dpt wa dari dia org. ni pagi tadi dpt call pulak. bila cakap iols busy .. dia wa pulak. kata hari ni anak2 puasa. mintak sedekah sedikit tuk juadah buka puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:29 AM | Show all posts
pittjie replied at 1-2-2023 10:19 AM
nasib baik jumpa thread ni. iols pun lemas la asyik dpt wa dari dia org. ni pagi tadi dpt call pulak ...

owh derang masih beroperasi lg ke
jgn dilayan.

Pusat tahfiz amal peralat kanak-kanak diarah tutup (bharian.com.my)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2023 02:12 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 1-2-2023 10:29 AM
owh derang masih beroperasi lg ke
jgn dilayan.

masih la kut. sbb masih galak je wa org mintak sedekah. saya skrg mmg hati2 kalau nak bagi derma pd pertubuhan2 mcm ni. sorry scammer .. saya bukan jenis yang bagi sedekah asal ikhlas dan tak peduli org yang mintak derma tu jujur atau tak. dgn alasan .. jujur tidaknya dia org tu antara dia dan tuhan. kita derma dah dpt pahala. no sorry. so .. selamat dah  block nombor tu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sy br je diorg contact mcm desak2 minta sumbangan..tp mcm pelik gak..biasa pusat tajfiz minta sumbangan
.tak dela call dan mesej byk kali..so google..jumpa yg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 06:46 PM | Show all posts
kena hati2 skrg.
jgn terlalu kesian dgn mereka ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2023 09:46 AM | Show all posts
putehh replied at 14-2-2023 06:26 PM
sy br je diorg contact mcm desak2 minta sumbangan..tp mcm pelik gak..biasa pusat tajfiz minta sumban ...

Ni nak dekat bulan puasa ni lagi la galak derang buat cerita sedih kutip duit so block je nombor2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ada kaitan dengan Azhar Wahab (SM Amin) ke pusat ni?
https://says.com/my/seismik/viral-pemilik-pusat-tahfiz-amal-mengeksploitasi-kanak-kanak-mengutip-derma
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 05:51 PM | Show all posts
hafislife replied at 15-2-2023 05:12 PM
ada kaitan dengan Azhar Wahab (SM Amin) ke pusat ni?
https://says.com/my/seismik/viral-pemilik-pusat ...

mgkn ada kaitan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.062966 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list