CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2114|Reply: 53

[Tempatan] Lelaki tanpa taraf warganegara dari Sabah tak sabar kecapi hak istimewa dan melancong ke Jepun

[Copy link]
Post time 25-1-2022 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 25-1-2022 09:21 AM



Lelaki tanpa taraf warganegara dari Sabah tak sabar kecapi hak istimewa
Wong Pek Mei -January 25, 2022 9:05 AM

KUALA LUMPUR: Wong Kueng Hui tidak dapat menahan air mata sebaik mendengar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia, sekaligus menamatkan perjuangannya selama 15 tahun untuk mendapat pengiktirafan itu.

Namun, ia masih belum berakhir. Kerajaan mempunyai tempoh 30 hari untuk memohon kebenaran membuat rayuan.

“Saya berharap kerajaan akan menunjukkan rasa simpati dan tidak membuat rayuan,” katanya.

“Sekiranya dibawa ke Mahkamah Persekutuan, saya akan kehilangan sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk melalui lebih banyak prosiding mahkamah,” katanya.

“Berapa lama lagi saya harus menunggu untuk menjadi warganegara, selepas 15 tahun?” katanya.

Dia tidak sabar untuk menikmati hak keistimewaan yang diberikan kepada warganegara termasuk mempunyai akaun bank dan menduduki peperiksaan di Tingkatan 5.

Lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai bapa warganegara Malaysia dan ibunya dipercayai warganegara Indonesia itu berkata, dia masih merasakan seperti bermimpi sejak keputusan dibuat pada 19 Jan lalu.

“Saya masih ingat ketika duduk bersama peguam Haijan Omar dan Sharifah Alawiah Syed Alwee bagi mendengar keputusan. Apabila Haijan memandang saya dan mengucapkan tahniah, saya terus menangis. Saya cuba untuk tidak putus harapan,” katanya kepada FMT.

Perjalanannya selama 15 tahun lalu agak sukar kerana berdepan diskriminasi daripada orang ramai yang menganggapnya sebagai warga asing ketika berusaha untuk mendapatkan kad pengenalan (MyKad).

“Sudah banyak kali saya ingin berputus asa. Bapa angkat meninggal dunia lewat tahun lalu dan saya rasa tidak dapat untuk memenuhi janjinya iaitu untuk mendapatkan MyKad dan kembali ke Sabah,” katanya.

Bapa kandungnya meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun manakala ibu pula meninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun.

Wong datang ke Semenanjung lima tahun lalu untuk mendapatkan kerakyatannya di mahkamah tetapi ia melibatkan banyak proses yang menyusahkan ketika memohon di Jabatan Imigresen untuk masuk ke negeri asalnya.

Dia berharap dapat pulang segera sebaik mendapat kerakyatan itu dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

“Saya teringin membuka akaun bank, mendapatkan lesen memandu, melancong luar Malaysia, malah mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Dia juga mahu melancong ke Jepun untuk menikmati muzik punk di sana serta melawat kedai rekod vinil tiga tingkat yang hanya pernah dilihatnya melalui gambar.

Lelaki itu juga berharap kesnya akan menjadi contoh kepada individu tidak bernegara yang lain untuk mendapatkan hak kewarganegaraan.

“Bagi mereka yang masih terperangkap dalam situasi sama, harapan saya supaya mereka terus berani dan berjuang kembali. Saya berasa tertindas, bukan hanya daripada pihak berkuasa tetapi juga masyarakat yang bersikap prejudis terhadap orang tidak bernegara. Saya tahu ia bukan mudah tetapi kita perlu perjuangkan hak kita. Tiada siapa yang dapat menghalang kamu,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2022 09:15 AM | Show all posts
“Bagi mereka yang masih terperangkap dalam situasi sama, harapan saya supaya mereka terus berani dan berjuang kembali. Saya berasa tertindas, bukan hanya daripada pihak berkuasa tetapi juga masyarakat yang bersikap prejudis terhadap orang tidak bernegara. Saya tahu ia bukan mudah tetapi kita perlu perjuangkan hak kita. Tiada siapa yang dapat menghalang kamu,”
Diharapkan kata-kata ini bisa menyentuh hati nurani tamu forum
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kau dah kenape friskies.suka orang indon kianati negara sendiri? jadi pengkianat
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
So
Sapa sapa nak nikoh luar negara
Nikoh dgn pati ke
Daftar lahhh
Ko nak balik negara ko pung tak de la anak2 merempan nak ic bagai....
At least memudahkan depa dpt ic atau pr
Takde la yang lain2 yang menggatal nak ic warganegara bumiputra bagai nak merayu2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai pendatang sini dh jadi org melesia. 10 malaysian 3 pendatang nis ab 10:3
3 tu ada paki indon pilak bangla. Suka betul diorg kt malaysia.  kenakan cukai khas pendatang tiap bulan byr 500 enget.   
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa cucuk secukupnya untuk mengekalkan "hak istimewa" itu. Kalau tidak nanti kena tarik balik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ambik kerakyatan Indonesia, memang tak ada keistimewaan seperti di Malaysia? Teruk betul Indonesia ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 02:06 PM | Show all posts
angelofish replied at 25-1-2022 09:34 AM
kau dah kenape friskies.suka orang indon kianati negara sendiri? jadi pengkianat

Saya jadi khawatir soal nasib anak saya yang bakalan lahir dipenghujung Maret ini, apakah bakalan diperlaku adil atau diskriminatif hanya karena saya, ibunya ndak sepenuhnya warga Malaysia?

Jika diliat sentimen beberapa tamu forum ini, ternyata prejudis dan rasisme masih subur di Malaysia.

Maklum, suami saya sudah kepala 5, dan madu saya sangat membenci saya. Sekiranya terjadi sesuatu, gimana nasib anak saya nantinya?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 25-1-2022 02:06 PM
Saya jadi khawatir soal nasib anak saya yang bakalan lahir dipenghujung Maret ini, apakah bakalan  ...

So??? Buang masa je nk amik tau
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 25-1-2022 03:33 PM
Friska replied at 25-1-2022 02:06 PM
Saya jadi khawatir soal nasib anak saya yang bakalan lahir dipenghujung Maret ini, apakah bakalan  ...


kenapa x pilih aja kerakyatan Indonesia??? MIT udh ada kat sana..tuk ank ko berlajar nanti??? Adakah maknanya indonesia emangnya 'ngak sebagus' Malaysia???
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya la cam pilak muka ko nak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt ni sibuk betul dgn warganegara org lain.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini saudara tt ke hina orang Kalimantan?

  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 03:34 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 25-1-2022 03:31 PM
Ini saudara tt ke hina orang Kalimantan?

Partai Keadilan Sejahtera (PKS) partai para badut emang, numpang tenar pas reformasi 1998 doang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya teringin membuka akaun bank, mendapatkan lesen memandu, melancong luar Malaysia, malah mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)"

Things people usually take for granted like it is their birth right. Bagi mereka yang terpaksa berjuang itu dianggap istimewa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:46 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-1-2022 03:36 PM
"Saya teringin membuka akaun bank, mendapatkan lesen memandu, melancong luar Malaysia, malah mendapa ...

masa bapak die creett kat rahim mak die takde pulak fikir pasal masa depan anak. takde pulak fikir nak daftarkan perkahwinan ke nk cek kerakyatan mak die ke. sbb dlm kes ni, die menang tu sbb dipercayai mak die org indonesia, tp bile cek dgn kedutaan bkn, jadi mak die diiktiraf sbg stateless. parents die pun jenis tau beranak je ujung-ujung jadi mcm ni, salahkan kerajaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya sikit ya TT..
Kenapa rakyat indon tak nak anak masing2 kekal jd warga indon ya. Betul2 nak sgt jd warga Malaysia. Sedangkan katanya sana dah makin hebat tarafnya berbanding Malaysia ni. Katanya ada kemungkinan rakyat malaysia lak yg akan jd pati kat sana nnt.
Jgn marah.... Ai is kompius. Kalau ai nak anak ai ditempat yg terbaik bukan yg teruk. TT selalu keluarkan cerita kat sini teruk tp masih nak anak warga sini. Camne tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 25-1-2022 02:06 PM
Saya jadi khawatir soal nasib anak saya yang bakalan lahir dipenghujung Maret ini, apakah bakalan  ...

Khawatir apa pula? Emang kau tiada warganegara? Kau cuma khawatir anak kau tidak jadi warganegara malaysia saja kan mbak? Walhal kau ada warganegara indonesia apa sebab mau khawatir? aku dah cakap dah...busuk2 malaysia ni, hujung2 menagih juga warga malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:25 PM | Show all posts
Friska replied at 25-1-2022 02:06 PM
Saya jadi khawatir soal nasib anak saya yang bakalan lahir dipenghujung Maret ini, apakah bakalan  ...

kenapa nak takut ko kawen ngan laki ko ni ada berdaftar kat malaysia ke tak? ke kawen sindiket je? berlambak je rakyat malaysia yg mak or bapak bukan warganegara, ada ic merah je tp elok je anak-anak diorg dpt warganegara.  kalau aku jadi bini no 1 aku report je kt jpa laki kawen tak ikut undang2 malaysia, jimat sikit duit kerajaan takyah bayar pencen jusa laki ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, muka wong ni jauh dari muka cina ya..muka pelipin tu sah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.084458 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list