CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2093|Reply: 23

[Tempatan] Taman Seri Muda banjir lagi dan lagi. Sila contohi negeri termaju hantar skuad pantas memantau air banjir dan tubuh jawatankuasa perubahan iklim hadapi bencana

[Copy link]
Post time 25-1-2022 08:06 AM | Show all posts |Read mode
https://www.msn.com/en-my/news/b ... -bencana/vi-AAT5iPw




Skuad Pantas MBSA turut kelihatan membuat rondaan di kawasan berkenaan selepas mendapat aduan awam.

SHAH ALAM - Hujan lebat berselang seli pada Isnin petang menimbulkan panik kepada penduduk di Jalan Tokoh 25/28 Taman Sri Muda, di Seksyen 25 di sini kerana bimbang akan terjebak dengan banjir sekali lagi.

Paras air di beberapa batang jalan juga dilaporkan meningkat mendadak melebihi 0.3 meter sekitar jam 4 petang malah penduduk sedang bekerja bergegas pulang apabila mendapat maklumat menerusi media sosial.

Keadaan bertambah cemas apabila loceng amaran juga didakwa berbunyi menyebabkan ada penduduk mula mengemas pakaian untuk keluar dari rumah kerana bimbang terperangkap dalam situasi tidak dijangka.

Pasangan suami isteri, Hendi Ramu, 55, dan Nallmah Subramaniam, 56, ketika ditemui berkata, perasaan gemuruh yang dirasainya bagaimanapun hanya seketika kerana air naik secara mendadak surut sejam selepas itu.

Menceritakan detik cemas tersebut, mereka berkata, mereka berdua segera pulang selepas mendapat tahu mengenai perkara itu daripada anak mereka yang berada di rumah ketika hujan lebat melanda sekitar jam 4 petang.

“Memang bila air naik sahaja, kami di sini rasa cemas dan trauma sebab teringat peristiwa banjir yang baru sebulan lepas berlaku malah anak beritahu masa hujan lebat terdengar bunyi loceng," katanya ketika ditemui pada Isnin.


Skuad Pantas MBSA turut kelihatan membuat rondaan di kawasan berkenaan selepas mendapat aduan awam.
Sementara itu, jirannya, Irene Ho, 64, berkata, berikutan banjir besar bukan lalu, setiap kali cuaca mendung dan hujan, dia akan berjaga-jaga untuk memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini kepada keluarganya.

Menurutnya, dalam kejadian banjir besar berkenaan semua peralatan dalam rumah rosak yang sehingga kini masih belum lagi mampu untuk digantikan semula walaupun sambutan Tahun Baharu Cina hanya beberapa hari sahaja lagi.

Disyorkan artikel ini:
Penduduk enggan pindah sukarkan operasi menyelamat
Paras air di Taman Sri Muda semakin surut: Nadma
Banjir Taman Sri Muda surut, mangsa sibuk bersih rumah
‘Lautan perangkap’ Taman Sri Muda
Banjir kilat bencana buatan manusia

“Saya sudah trauma dengan banjir, kalau hujan terus lebat saya sudah siap sedia mahu 'lari', pakaian pun saya sudah letak dalam beg,” katanya sambil memberitahu masih terkenang kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, Tinjauan Sinar Harian sekitar Taman Sri Muda kira-kira jam 5 hingga 6 petang mendapati keadaan air mulai surut di beberapa batang jalan termasuk di Jalan Tokoh 25/28 Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.

Malah anggota Skuad Pantas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), anggota bomba dan penyelamat serta polis turut kelihatan membuat rondaan di kawasan berkenaan selepas mendapat aduan awam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan air mulai surut dalam tempoh singkat.

Dalam pada itu, Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau juga dilihat berada di kawasan yang dinaiki air sekitar Taman Sri Muda.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ilanda-banjir-kilat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya hujan kejap je semalam ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:11 AM | Show all posts
kadang2 ramai yg malas nak ambik port pasal rasuah.
lantak la dia nak amik 2.6 beliyon ka, adik dia melabur guna akaun dia ka,
nak putar duit ikut akal budi ka... peduli apa.

sbb tak pedulik la tanah rizab tadahan banjir diluluskan jd taman perumahan.

bila kes seleweng nih dah hampir 30 taon berlaku,
mahkamah takde kuasa buka kes.
jemm
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:14 AM | Show all posts
maknanya, kalau hujan lagi memang boleh banir besar lagi? so apa tindakan kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya sudah trauma dengan banjir, kalau hujan terus lebat saya sudah siap sedia mahu 'lari', pakaian pun saya sudah letak dalam beg,” katanya sambil memberitahu masih terkenang kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

Kesian uncle ni...trauma
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:15 AM | Show all posts
kalau yang menyewa tu boleh la pindah ke apa..
yang rumah sendiri, kesian la..
nak jual pun, dengan orang dah aware itu kawasan banjir, sapa je nak beli..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 11:12 AM | Show all posts
kesiannya... mana kerajaan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni masalah longkang tersumbat ni. Masalah pengairan. Bukan salah hujan dah. Sbb hujan kejap je. Org situ suka buang sampah dlm longkang ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 25-1-2022 08:11 AM
kadang2 ramai yg malas nak ambik port pasal rasuah.
lantak la dia nak amik 2.6 beliyon ka, adik dia ...

pak..pemerintah ini la yg janji gue ic,tawaran U dgn tajaan penuh...kok ngak bagus???-rohana
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kita mesti mau maju ini negeri..lain barang tak payah fikir...mau no 1 di Msia...maa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Viva x mai ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
selama ni walau pun banjir tak lah seteruk haritu kan..kena chk lah sistem saliran and what not supaya x berulang
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:07 PM | Show all posts
Katanya masaalah longkang tersumbat buat air melimpah.  Masaalahnya dah tahu kawasan tu mudah banjir kenapa kerja pembersihan total tak dilakukan.  Bukan hanya bantu bersih barangan yang rosak tapi sistem longkong pun harus diberi perhatian agar kejadian sama tak terus berulang.  Bukan disana saja ditempat lain pun sama.  Selain tu kebanyakan jalanraya pun hadapi limpahan air bertakong dijalan.  Macam tak ada lobang untuk salurkan air keluar.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:56 PM | Show all posts
ramai je trauma. member aku smpai tidur umah sedara dia kalau hujan kt sri muda
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. tak habis lagi trauma yg lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 01:42 PM | Show all posts
nampaknya taman tu dah tak sesuai lagi utk tinggal..kesian depa nak pi mana lagi ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri kan dah cakap haritu,
Malaysia tidak terkesan dgn perubahan iklim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 05:37 PM | Show all posts
Edited by kluangman at 25-1-2022 05:39 PM
cmf_PariS replied at 25-1-2022 11:12 AM
kesiannya... mana kerajaan ni?


Kan dah hantar akak PBT tenung air banjir.

Kemudian tubuh jawatankuasa macam mana nak salahkan orang lain kecuali diri sendiri

Lepas tu tunggu PRU/PRN buat menifesto hari ni angkat sumpah esok msalah banjir selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sanggup dah nak kena lagi. Dah lah iols baru jer cat rumah ni. ????
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.semoga penduduk sri muda dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073861 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list