CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Politik] Zahid akur keputusan mahkamah

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Zahid akur keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi, di sini, yang mengarahkan Presiden UMNO itu untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Meskipun ia tidak memihak kepada beliau, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, pihaknya akan tetap menghormati keputusan dan prosedur mahkamah.

Justeru, bekas Timbalan Perdana Menteri itu bersama pasukan peguam beliau akan meneruskan usaha membela dirinya mengikut prosedur ditetapkan.

"Saya secara peribadi serta peguam saya akur dengan keputusan mahkamah seperti yang dibacakan hakim kerana itu hak mutlak hakim, dan keakuran ini tidak terhenti pada hari ini.

"Sebaliknya, apabila pembelaan diri diputuskan, pasukan guaman saya akan menjalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan mahkamah.

"Pasukan peguam saya akan meneruskan usaha guaman ini sebagaimana ditetapkan mahkamah tadi, dengan tarikh berkaitan juga sudah ditetapkan," katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengambil sebarang soalan daripada wartawan, dan terus berlalu meninggalkan mahkamah selepas membuat kenyataan ringkas itu.

Suasana di luar Mahkamah Tinggi juga kekal tenang berikutan keputusan itu, dengan puluhan penyokong Ahmad Zahid berkumpul secara aman dan memberi kata-kata semangat kepadanya ketika beliau bergerak masuk ke dalam kereta.

Sebaik saja kereta yang membawa Ahmad Zahid keluar dari kawasan Mahkamah Tinggi, semua penyokongnya yang hadir dengan berbaju putih dilihat turut bersurai.


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan mahkamah selepas diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri pada pendengaran keputusan terhadap tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid yang juga pengasas yayasan berkenaan.

https://assets.bharian.com.my/im ... ur24_1642996289.jpg
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beredar dari mahkamah selepas diarah membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. NSTP/Hairil Anuar Rahim


Sequerah dalam penghakimannya berkata, mahkamah menetapkan keputusan itu selepas membuat penilaian maksimum terhadap bukti dikemukakan pendakwaan.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman serta sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media sebelum meninggalkan mahkamah selepas diarahkan Mahkamah Tinggi untuk membela diri pada pendengaran keputusan terhadap tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. - NSTP/Aizuddin Saad

Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat, iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Beliau juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada kegiatan haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.


Antara penyokong hadir memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. - NSTP/Aizuddin Saad







Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -keputusan-mahkamah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054309 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list