CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sabah] PRK Bugaya diputuskan dalam masa terdekat

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:45 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Keputusan berhubung pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya akan ditentukan dalam masa terdekat ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yakin keputusan untuk mengadakan PRK Bugaya akan diketahui dalam tempoh dua minggu ini.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu bergantung kepada laporan COVID-19 dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pihaknya sudah meminta supaya PRK Bugaya diadakan. Namun, keadaan COVID-19 di negeri ini masih belum ada jaminan untuk mengadakan pilihan raya.

"Tapi saya yakin...InsyaAllah dalam seminggu dua ini kita akan tahu (keputusan)," katanya ketika diminta mengulas mengenai PRK Bugaya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) di sini hari ini.

Kerusi DUN Bugaya disytiharkan kosong selepas penyandangnya  Manis Muka meninggal dunia pada 17 November 2020, bagaimanapun PRK  ditangguhkan selepas pengisytiharan darurat berikutan penularan pandemik COVID-19.

Mengulas mengenai desakan untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didaftarkan, Bung menjelaskan perkara itu tidak memberikan sebarang impak kepada mana-mana pihak.
Menurutnya, GRS hanya platform sebuah kerajaan ketika kerajaan negeri diwujudkan di bawah gabungan berkenaan.

"Saya melihat GRS ini sama ada didaftar atau tidak, ia tidak mendatangkan apa-apa impak.

"Perkara ini akan dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin GRS berhubung intipati dan penyelarasan selepas ia didaftarkan nanti," jelasnya.

Beliau berkata, setakat ini belum ada mesyuarat diadakan untuk membincangkan perkara mengenai pendaftaran GRS.

Dalam pada itu, Bung berkata, UMNO Sabah akan membantu jentera pilihan raya negeri (PRN) Johor bagi memastikan kemenangan milik Barisan Nasional (BN) di negeri itu.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.359830 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list