CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Sabah] Sabah akan laksana Program Khas Pendataan Pekerja Asing

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:41 PM | Show all posts |Read mode


JAWATANKUASA: Bung (duduk, empat kanan) bergambar bersama barisan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah selepas mesyuarat itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan melaksanakan Program Khas Pendataan Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah berkuat kuasa pada 3 Februari hingga 2 Ogos 2022.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, program khas berkenaan bagi mengenal pasti penyelesaian terbaik membabitkan masalah pekerja asing tidak sah di negeri ini.

Katanya, kerajaan memandang serius berhubung laporan majikan yang menggajikan pekerja asing tidak sah.

Pada masa sama, pihaknya turut mengambil maklum rayuan para pemain industri untuk membenarkan Program Penstrukturan Semula Buruh dalam kalangan pekerja asing.
Langkah berkenaan jelasnya, bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja asing dengan segera.

Beliau berkata, bagi melaksanakan program khas itu, kerajaan negeri memberikan hak eksklusif kepada Smart Sabah Corporation Sdn Bhd (SSC) iaitu syarikat milikan penuh kerajaan negeri.

"SCC akan bertindak untuk membangunkan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah serta menguruskan semua perkara berkaitan pekerja asing di negeri ini.

"Program ini terbuka kepada majikan yang mempunyai pekerja asing yang sah, tidak sah, pemastautin, dan bukan pemastautin yang berada di Sabah sehingga kini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) di sini hari ini.

Bung yang juga Pengerusi JKPWAS berkata, maklumat yang diperoleh dari pendataan berkenaan penting untuk membantu kerajaan negeri merencana dasar-dasar yang melibatkan pekerja asing dan bukan pemastautin.

Selain itu katanya, ia turut membantu agensi-agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab dengan aspek pemantauan serta mengenal pasti keperluan industri dan penyesuaian dengan Dasar Buruh Negara.

"Kerajaan akan melaksanakan rekod pengenalan biometrik keselamatan (cap jari dan muka) untuk setiap pekerja asing dan bukan pemastautin di Sabah.

"Pengurusan data yang tidak menyeluruh dan bersepadu boleh merencatkan usaha untuk menyelesaikan permasalahan pengurusan pekerja asing di Sabah.

"Ia juga boleh mengakibatkan kesukaran aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah, dan Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS)," jelasnya.

Menurutnya, program khas pendataan ini akan membolehkan semua pekerja asing tidak sah dari semua sektor dan sub-sektor pekerjaan yang berada di Sabah memohon Pas Lawatan Kerja Sementara daripada JIM dan memberikan kelonggaran kepada pekerja asing tidak sah untuk pulang ke negara asal masing-masing tanpa dikenakan tindakan undang-undang, dengan syarat tidak melakukan kesalahan jenayah.

Beliau berkata, selepas program khas ini berakhir, majikan-majikan yang masih lagi mengajikan pekerja asing tidak sah akan dikesan dan ditangkap melalui Operasi Penguatkuasaan Bersepadu oleh agensi-agensi penguatkuasaan.

Katanya, tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang bersalah dan menerusi program ini, kerajaan negeri akan memastikan memiliki data tepat secara 'real time' berkaitan pekerja asing bagi tujuan pemantauan, kawalan dan aspek keselamatan negeri.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047765 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list