CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 64|Reply: 0

[Sabah] Kejayaan IPD Ranau banteras jenayah perlu dipuji

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:40 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Jonathan memeriksa perbarisan kawalan hormat dalam majlis tersebut.

RANAU: Kejayaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di daerah ini membanteras banyak aktiviti jenayah perlu dipuji dan dihargai oleh semua pihak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata pasukan PDRM di daerah ini sentiasa bersiap siaga dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

“Saya melihat banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau termasuklah kes-kes berprofile tinggi.

“Jenayah seperti pengedaran dadah, senjata api buatan sendiri dan pendatang tanpa izin (PTI), antara kes yang banyak dibanteras oleh pasukan IPD Ranau,” katanya.

Selain itu, katanya, IPD Ranau juga berjaya mengesan ramai warga tempatan yang terlibat dengan pelaburan yang dilakukan dalam talian dan tidak wujud.

“Kes seumpama itu banyak berlaku di daerah ini dan sekiranya ia berleluasa akan mengakibatkan lebih ramai penduduk mengalami kerugian,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata demikian ketika mengadakan lawatan rasmi di IPD Ranau, di sini hari ini.

Katanya, kejayaan itu juga adalah hasil kerjasama daripada masyarakat yang memberikan maklumat berkaitan kegiatan jenayah di sekitar mereka.

“Kita harus memahami maksud ‘PDRM dan masyarakat berpisah tiada’ yang mahukan semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan membanteras kegiatan jenayah,” katanya.

Menurutnya, budaya berintegeriti dan berdisiplin tinggi perlu terus dikekalkan supaya lebih banyak lagi kejayaan yang diperolehi.

“Saya menzahirkan rasa bangga terhadap pasukan polis IPD Ranau yang sentiasa berganding bahu dengan agensi lain seperti Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan penduduk setempat.

“Banyak kes yang dilakukan bersama sebelum ini termasuklah menyelamat mangsa banjir, kemalangan dan orang hilang dilakukan dengan baik,” katanya.

Jonathan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada tabung kelab PDRM Ranau bagi kegunaan pelbagai operasi.

Terdahulu, Jonathan turut memeriksa perbarisan kawalan hormat yang terdiri 31 anggota dan dua pegawai serta diberikan taklimat khas berkaitan penugasan IPD Ranau.

Selain itu, Jonathan melawat bilik unit PDRM termasuk bangunan perumahan anggota polis yang mengalami kerosakan selepas gempa bumi di Ranau pada tahun 2015.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.079941 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list