CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Sabah] JANS rugi lebih RM150 juta setahun akibat sambungan paip haram

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:37 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Edward (dua kanan) bersama anggota penguat kuasa meninjau operasi pemotongan sambungan paip haram di kawasan setinggan berkenaan.

KOTA KINABALU: Lebih RM150 juta kerugian setahun direkodkan di Sabah membabitkan kes curi bekalan air dari penyambungan paip haram.

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Edward Lingkapo berkata, kebanyakan penduduk di kawasan penempatan setinggan menggunakan taktik menebuk saluran paip utama dan membuat sambungan ke rumah-rumah di kawasan terlibat.

Katanya, penempatan setinggan antara lokasi yang merekodkan jumlah kes curi bekalan air tertinggi di negeri ini.

"Di kawasan utara daerah ini sahaja merekodkan jumlah penggunaan air sehari sekitar 400 juta liter termasuklah kawasan Telipok, Manggatal, Sepanggar, dan berhampiran Tuaran.

"Daripada jumlah penggunaan itu, sebanyak 29 peratus adalah penggunaan air dari penyambungan haram di kawasan setinggan.

"Sehubungan itu, kami berharap jabatan dan agensi yang berkaitan bekerjama dengan pihak JANS untuk sama-sama membantu menangani masalah ini secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas operasi bersepadu pemotongan sambungan paip haram di kawasan setinggan di sini hari ini.

Edward berkata, operasi seumpama itu sering dijalankan terutama membabitkan kawasan setinggan bagi memastikan kes penyambungan haram dapat diatasi.

Bagaimanapun katanya, masalah berkenaan tidak akan dapat diselesaikan selagi kawasan penempatan setinggan masih wujud di negeri ini.

Menurutnya, operasi berkenaan membabitkan penempatan setinggan di kawasan tanah milik Jabatan Pertanian Negeri Sabah yang dijalankan secara bersepadu membabitkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sekurang-kurangnya setiap tiga bulan kita akan menjalankan operasi dan kali ini kita memfokuskan kepada penguatkuasaan penduduk yang menjalankan kegiatan curi air.

"Bidang kuasa JANS hanya memotong bekalan air, namun selagi penduduk tidak berpindah, isu ini tidak akan selesai dan mereka akan membuat sambungan haram semula.

"Di kawasan utara Kota Kinabalu antara yang mempunyai keperluan air amat mendesak berikutan kekurangan loji untuk menampung kapasiti air yang diperlukan penduduk," jelasnya.

Beliau berkata, kes curi air di kawasan terbabit merekodkan kira-kira lapan juta liter air sehari dengan jumlah kerugian sebanyak RM106,000 iaitu RM4 juta setahun.

Katanya, ia adalah satu kerugian buat kerajaan sekali gus memberi bebanan kepada rakyat yang membayar bil dan cukai untuk mendapat bekalan air.

Dalam pada itu, pihaknya turut meminta bantuan rakyat yang mempunyai maklumat berhubung kes penyambungan paip haram supaya tampil memaklumkan JANS untuk pemantauan dijalankan.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.215065 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list