CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Sabah] PAWE Beaufort mulakan tahun baharu dengan kerja amal

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:34 PM | Show all posts |Read mode


PENDERMA TERAWAL: Penderma-penderma yang datang awal untuk melaksanakan tanggungjawab amal.

BEAUFORT: Menyedari kepentingan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) untuk mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang dirancang tahun ini, PAWE Beaufort memulakan langkah 2022 dengan mengadakan aktiviti program menderma darah yang diadakan di pusat aktiviti mereka di rumah penginapan kerajaan Daerah Beaufort, di sini baru-baru ini.

Pengerusi PAWE Beaufort Wong Sammie berkata, mereka terpanggil untuk membantu hospital mendapatkan bekalan darah dengan menganjurkan program derma darah.

Katanya, pihaknya turut sama membantu mencari penderma-penderma, sama ada dari kalangan keluarga ahli PAWE dan juga kenalan serta rakan-rakan strategik PAWE Beaufort.

"Program yang diadakan pada sebelah pagi itu telah berjaya mengutip sebanyak 38 beg darah dan PAWE Beaufort turut menyumbang cendera hati kepada setiap penderma, malah turut menyediakan hadiah khas kepada 10 penderma terawal.


PENDERMA PERTAMA: Siti dari Taman Wawasan, Beaufort merupakan antara 10 penderma darah terawal dan menerima hadiah penghargaan khas sumbangan PAWE Beaufort.

“Program ini merupakan salah satu cara PAWE untuk mendekati masyarakat dan kaedah untuk memperkenalkan fungsi PAWE di mata masyarakat yang mana pusat ini telah beroperasi sejak 2016.

"Dari semasa ke semasa, kita sentiasa ingin menambah ahli-ahli baru untuk mendaftar,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wong berkata, aktiviti PAWE terpaksa diberhentikan selama dua tahun apabila pandemik COVID-19 melanda. Pada tahun ini pihaknya telah merangka usaha mempelbagaikan lagi acara menarik dan menambah ahli dari kalangan warga emas.


CERIA: Antara wajah-wajah ceria penderma darah yang hadir.

“Untuk warga Beaufort, terutamanya golongan warga emas, kami amat menggalakkan kemasukan ahli-ahli baharu tidak kira dari pelbagai latar belakang dan bangsa, PAWE Beaufort sentiasa mengalu-alukan.

“Ahli-ahli yang berminat bidang nyanyian, boleh berkaraoke di PAWE bersama-sama ahli-ahli yang ada, yang minat berjoging tetapi risau bahaya sekiranya berjoging di jalan raya, di PAWE kita ada treadmill dan basikal senaman indoor.


KENANGAN: Ahli-ahli PAWE Beaufort yang menyantuni salah seorang penderma darah yang hadir sambil merakamkan foto kenangan.

"Minat bermain dart, ahli-ahli ada yang mempunyai hobi yang sama boleh bermain dart dan sekiranya lenguh-lenguh badan, kita ada kerusi urut untuk melegakan,” katanya.

Seorang penderma darah Siti Norliza Mohd Yazid berkata, beliau mengetahui aktiviti berkenaan melalui media sosial bahawa program derma darah akan diadakan berdekatan dengan rumah beliau di Pekan Beaufort.

"Saya mahu menderma dan tidak menyangka telah menjadi penderma pertama dari kalangan 10 penderma terawal," katanya.

Wong turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada yang terlibat sama ada ahli-ahli PAWE serta jabatan-jabatan kerajaan yang menghantar wakil untuk menderma pada program itu.

"Saya turut berterima kasih kepada petugas- petugas Hospital Beaufort yang turut membantu menjayakan program ini.


BERSEMANGAT: Linah Kuing dari Kg.Piasau Membakut tidak melepaskan peluang untuk hadir menderma darah biar pun lokasi rumah beliau jauh.

"PAWE sebuah pertubuhan bukan kerajaan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

"Dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang tahun ini, ianya mampu meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif," katanya.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pegawai Perubatan Hospital Beaufort yang turut mengetuai pasukan tabung darah, Dr Kelly Lee Pak Hup, Setiausaha PAWE Beaufort, Rahman Karno dan ahli-ahli PAWE Beaufort.


utusanborneo.com.my/2022/01/24

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056553 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list