CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Sarawak] Komuniti perniagaan di Sarawak diharap terus sokong GPS dalam PRU15

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:25 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Sarawak (EOYS) Tahun 2021 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) di Kuching. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Komuniti perniagaan di negeri ini diharap akan terus memberi sokongan kuat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sokongan kuat ini adalah penting untuk mendapatkan suara yang lebih besar dalam parlimen.

Jumlah perwakilan GPS yang lebih besar dalam Parlimen juga akan membolehkan Sarawak mempunyai kuasa tawar menawar yang lebih besar untuk berunding dan melindungi haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya berterima kasih kepada komuniti perniagaan di negeri ini dan rakyat khususnya atas sokongan kuat kepada GPS dalam pilihan raya negeri baru-baru ini dimana GPS menang 76 daripada 82 kerusi.

“Ini adalah manifestasi jelas sokongan kuat kepada kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri.

“Dengan sokongan kuat dan mandat besar ini, kerajaan GPS dapat meneruskan agenda pembangunan Sarawak untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Sarawak (EOYS) Tahun 2021 yang berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini.

Tambah Awang Tengah, kerajaan negeri menghargai sumbangan komuniti perniagaan dimana majoriti daripada usahawan negeri ini adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Disebabkan itu katanya kerajaan negeri dan persekutuan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan strategi bagi memastikan kebajikan rakyat dan komuniti perniagaan terjaga ketika pandemik COVID-19.

Antara inisiatif bantuan kewangan berjumlah RM284.5 bilion daripada kerajaan persekutuan dan RM5.6 bilion di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 hingga BKSS 8.0.

Katanya meskipun berdepan pandemik COVID-19, Sarawak masih mampu menarik RM15.7 juta pelaburan dalam sektor pembuatan, antara tertinggi di Malaysia pada tahun 2020.

Malah kata Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, empat perbadanan multinasional sedia ada di Sama Jaya memperbesarkan operasi perniagaan mereka pada nilai RM6.3 bilion.

Manakala sebuah lagi syarikat di Samalaju melabur tambahan RM1.3 bilion bagi memperbesarkan perniagaan mereka.

“Keputusan mereka untuk terus memperbesarkan perniagaan mereka di Sarawak terutama ketika pandemik jelas menggambarkan keyakinan kuat mereka kepada kepimpinan negeri kita dalam menguruskan pandemik.

“Pada masa yang sama, kami terus berhubung dengan pelabur asing berpotensi menerusi persidangan video bagi pengeluaran minyak hidrogen hijau berskala besar, petrokimia, kimia dan industri berasaskan tenaga dari Australia, China dan Korea Selatan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.352748 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list