CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1330|Reply: 23

[Tempatan] PRN Johor. PKR nak guna logo sendiri. Cina DAP dan Amanah nak guna logo PH. Masing2 ada ego

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 27-1-2022 09:30 AM

PRN Johor: PH muktamadkan isu logo 2 hari lagi, kata Anwar
Diterbitkan:  Jan 24, 2022 6:57 PM

Dikemaskini: 6:57 PM

Keputusan berhubung penggunaan logo bagi PH dalam PRN Johor akan dimuktamadkan dalam masa dua hari lagi, kata pengerusinya Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, PKR berhasrat menggunakan logo sendiri manakala DAP dan Amanah ingin menggunakan logo gabungan itu.

“Kita zahirkan (dalam mesyuarat) tadi bahawa setelah pengalaman di Melaka, akar umbi PKR agak kuat meminta agar logo PKR digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung kira-kira dua jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, kata Anwar, gesaan itu hanya untuk kerusi yang ditandingi calon PKR.

“Pandangan kawan-kawan lain merasakan lebih sesuai (logo) PH. Jadi kita akan muktamadkan dalam dua hari lagi,” katanya yang juga presiden PKR.

Terdahulu, seorang pemimpin PH Johor menyuarakan harapan agar isu tersebut dapat diselesaikan dalam mesyuarat hari ini.

Ekoran pencapaian buruk PH dalam PRN Melaka pada November lalu - ketika itu menggunakan logo gabungan - PKR membangkitkan agar gabungan itu kembali menggunakan logo PKR dalam pilihan raya akan datang.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika itu berkata, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi ketika PRN Melaka, antaranya untuk memperkenalkan calon-calon baru dan lambang PH yang berbeza berbanding ketika pilihan raya umum (PRU) lalu.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke juga pernah mencadangkan yang PH tidak lagi perlu berpegang dengan keyakinan bahawa perlu satu logo tunggal untuk menang dalam pilihan raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 08:51 PM | Show all posts
Aku tau kenapa

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:53 PM | Show all posts
Tunggu dan lihat rakyat johor pilih yang mana
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah keputusan muktamad yang paling aku tak peduli..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
DSAI mampu handle ka isu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kitmal replied at 24-1-2022 08:53 PM
Tunggu dan lihat rakyat johor pilih yang mana

Pilih logo taik lagi elok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 24-1-2022 09:32 PM
Inilah keputusan muktamad yang paling aku tak peduli..

Lawak pulak ayat ni… tapi mmg betul pun .
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap MUDA letak calon jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-1-2022 08:51 PM
Aku tau kenapa

Nape noksss
x paham pasai logo je pon
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat PRU jela terus lepas ni negeri mana pula
Sabah, Srwak, Melaka then Johor
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
PKR nak keluar PH ka..?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:19 AM | Show all posts
R2D2 replied at 24-1-2022 10:49 PM
DSAI mampu handle ka isu ni?

pilihanraya experimen, apa ada hal.
kubu kuat umngok mmg sedap experimen.

yg lagi sedap, da byk parti cendawan tumbuh utk test market.
pejuang,
muda,
parti bangsa malaysia,
PN (gabungan pas-bersatu)
MN (gabungan pas-umngok)

the more, the merrier


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh harap:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:22 AM | Show all posts
SudAh2 lah isu logo ni....tukar jer lah logo PH tu dah jahanam dah dek Tua Kutuk....korg bertanding masing2 pun ok, sbb dah tau for next GE mmg UMNO/BN yg tgh ada momentum
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:31 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 25-1-2022 01:55 AM
Nape noksss
x paham pasai logo je pon

logo jer?

cer ko pakai logo kepala babi


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:10 PM | Show all posts
Klu PRN Johor skrg, masa PRU nanti dah takde pilih DUN laa kat Joho, kan? Pilih Parlimen je, gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah sbb dap claim guna logo ph konfius kan pengundi depa. Sape nk sokong pkr dan amanah skrg? Dap je ada pengundi tegar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2022 06:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2022 11:17 AM | Show all posts
Pemilihan logo berbeza jadi bahan ujian untuk PH
Hariz Mohd
Diterbitkan:  Jan 27, 2022 10:29 AM

PRN JOHOR | Penggunaan dua lambang yang berbeza oleh parti dalam Pakatan Harapan (PH) kali ini dianggap sebagai satu bentuk ujian mudah gabungan itu sebelum mereka memasuki pilihan raya umum (PRU).

Timbalan Pengarah Strategi PKR, R Ramanan, berkata hasil daripada uji kaji di Johor nanti mungkin dapat digunakan untuk meyakinkan parti komponen lain dalam PH agar menggunakan lambang PKR pada PRU ke-15.

Pada masa sama Ramanan berpendapat "tidak tepat" untuk menganggap perkembangan yang berlaku semalam itu menunjukkan parti dalam PH kini tidak lagi sehaluan.

"Mungkin persepsi orang awam ada yang berfikir begitu, tapi realitinya rakyat semua tahu bahawa PKR, Amanah dan DAP bekerjasama dalam semangat satu keluarga.

"Dan ini juga mungkin boleh dianggap sebagai litmus test (ujian mudah, atau ujian litmus) untuk pilihan raya yang akan datang

"Saya rasa dengan cara ini kita boleh melihat sebarang hasil," katanya malam tadi.

Semalam PH memutuskan untuk menggunakan dua lambang berbeza bagi menghadapi PRN yang akan diadakan tidak lama lagi.

PKR menggunakan lambang parti itu, manakala Amanah dan DAP memilih logo PH.

Ruang perbincangan sentiasa terbuka

Keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden PH Petaling Jaya dan diumumkan kepada media oleh pengerusi gabungan berkenaan, Anwar Ibrahim.

Ia mengundang reaksi yang pelbagai daripada orang ramai dengan sesetengahnya menganggap PH kini sudah tidak lagi sehaluan, atau sekurang-kurangnya bermasalah.

Ramanan berkata salah satu sebab PKR memilih lambang parti itu sendiri ialah berdasarkan hasil yang dibuktikan sebelum ini, terutama ketika PRU ke-14 yang diadakan pada 2018.

Katanya PKR yakin orang ramai dapat mengaitkan logo tersebut dengan perjuangan yang dibawa parti berkenaan serta pelbagai kesukaran yang pernah dilalui mereka, khususnya Anwar yang juga presiden parti itu.

"Dan ia adalah lambang yang sudah teruji. Orang ramai boleh 'dihubungkan' dengan bendera PKR.

"Sebab itulah pemimpin membuat keputusan - melalui presiden - untuk memilih cara sebegini," katanya.

Jika hasil PRN Johor nanti menunjukkan strategi tersebut lebih berkesan, kata Ramanan, mungkin ia akan menjadi hujah yang lebih kuat untuk mereka meyakinkan parti lain agar menggunakan lambang PKR dalam PRU ke-15.

"Bagaimanapun, sudah tentu ia masih terbuka untuk dibincangkan dalam kalangan pemimpin parti komponen PH," tambahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 11:19 AM | Show all posts
iols malas nak balik mengundi. tapi kalau ada parti Pejuang, iols balik jah mengundi wlupun tahu Pejuang tak famous lagi n susah nak menang, but who cares... drpd undi katak2 bodoh...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.085028 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list