CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 1

[Sarawak] Abang Johari, pemimpin negeri beri penghormatan terakhir kepada Simon Dembab

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:13 PM | Show all posts |Read mode


(Dari dua kanan) Abang Johari, Uggah, Dr Rundi dan Nanta hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Simon Dembab Maja. Turut kelihatan Rosalind (kanan). - Gambar Pejabat Ketua Menteri

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Simon Dembab Maja di kediaman mendiang di Tabuan Jaya di sini.

Hadir bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom.

Mendiang yang juga ahli pengasas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meninggal dunia pada Sabtu (22 Januari 2022) di pusat perubatan swasta di sini pada usia 85 tahun.

Anak mendiang, Jimmy Maja memberitahu The Borneo Post semalam (Ahad), bapanya menjawat jawatan timbalan ketua menteri di bawah Kerajaan Campuran Sarawak (Sarawak Coalition Government) pada 1970.

"Ketika itu kerajaan negeri dikenali Kerajaan Campuran Sarawak yang terdiri daripada Parti Bumiputera, Parti Pesaka dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Ini adalah kerajaan pertama dibentuk hasil pilihan raya umum pertama di Sarawak.

"Beliau dari Parti Pesaka, ketika kali pertama bertanding pada pilihan raya Sarawak yang pertama pada 1970. Kemudian Parti Pesaka bergabung dengan Parti Bumiputera untuk membentuk PBB hari ini...Beliau antara ahli pengasas terawal PBB sekarang," katanya.

Jimmy menambah pada 1972, mendiang Simon ditempatkan di Sydney, Australia sebagai konsular pelajar di Konsulat Malaysia di sana.

"Keluarga ayah berasal dari Engkilili. Memulakan persekolahan di Sekolah Chung Hua di Kuching pada tahun 1950an, kemudian belajar di Sekolah St Thomas, Kuching. Beliau boleh menulis dan membaca dengan baik dalam Mandarin, selain fasih bertutur berturut Khek/Hakka, Hokkien dan Teochew.

"Mungkin beliau Iban pertama belajar di sekolah tinggi Mandarin sebelum melanjutkan pengajian di peringkat universiti pada tahun 1950an," tambahnya.

Sebelum terlibat aktif dalam politik mendiang merupakan Pegawai Hal Ehwal Sekolah di Majlis Daerah Engkilili.

Mendiang meninggalkan isteri Datin Rosalind Sitie Jemeni, tiga anak, tiga cucu dan dua cicit.

Selesai upacara memberi penghormatan terakhir di kediamannya di Tabuan Jaya hari ini, mendiang akan dibawa ke Engkilili bagi membolehkan upacara memberi penghormatan terakhir diadakan di sana sebelum dikebumikan.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2022 07:23 PM | Show all posts


Abang Johari ketika ditemui semasa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Simon, hari ini. - Gambar Penerangan

Mendiang Simon banyak menyumbang kepada kekuatan Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak kehilangan seorang anak Sarawak yang telah banyak menyumbang kepada kekuatan negeri ini dengan pemergian bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Simon Dembab Maja.

"Sarawak hari ini hilang seorang anak Sarawak yang telah banyak berjasa kepada Sarawak. Mendiang Datuk Simon Dembab Maja adalah Timbalan Ketua Menteri selepas kita menang Pilihan Raya pada 1970 yang diketuai Tun  Tun Abdul Rahman Ya'kub.

"Oleh itu saya merasakan beliau telah menyumbang kepada kestabilan politik Sarawak pada tahun 70an," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya di Tabuan Jaya, hari ini.

Abang Johari berkata dengan pelantikan mendiang Simon sebagai anggota Kabinet negeri, maka kerajaan yang ditubuhkan ketika itu distabilkan.

Beliau menambah, mendiang menjadi pengasas kepada Kerajaan Campuran Sarawak ketika itu yang akhirnya menjadi kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1970 dan selepas itu Sarawak mempunyai satu keadaan politik yang agak baik, hingga ke hari ini.

"Sehingga kita merasakan bahawa kita telah kehilangan seorang anak Sarawak yang banyak menyumbang kepada kekuatan Sarawak," katanya lagi.

Hadir bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom.

Mendiang pengasas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meninggal dunia pada Sabtu (22 Januari 2022) di pusat perubatan swasta di sini pada usia 85 tahun.

Anak mendiang, Jimmy Maja memberitahu The Borneo Post semalam (Ahad), bapanya menjawat jawatan timbalan ketua menteri di bawah Kerajaan Campuran Sarawak (Sarawak Coalition Government) pada 1970.

"Ketika itu kerajaan negeri dikenali Kerajaan Campuran Sarawak yang terdiri daripada Parti Bumiputera, Parti Pesaka dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Ini adalah kerajaan pertama dibentuk hasil pilihan raya umum pertama di Sarawak.

"Beliau dari Parti Pesaka, ketika kali pertama bertanding pada pilihan raya Sarawak yang pertama pada 1970. Kemudian Parti Pesaka bergabung dengan Parti Bumiputera untuk membentuk PBB hari ini...Beliau antara ahli pengasas terawal PBB sekarang," katanya.

Jimmy menambah pada 1972, mendiang Simon ditempatkan di Sydney, Australia sebagai konsular pelajar di Konsulat Malaysia di sana.

"Keluarga ayah berasal dari Engkilili. Memulakan persekolahan di Sekolah Chung Hua di Kuching pada tahun 1950an, kemudian belajar di Sekolah St Thomas, Kuching. Beliau boleh menulis dan membaca dengan baik dalam Mandarin, selain fasih bertutur berturut Khek/Hakka, Hokkien dan Teochew.

"Mungkin beliau Iban pertama belajar di sekolah tinggi Mandarin sebelum melanjutkan pengajian di peringkat universiti pada tahun 1950an," tambahnya.
Sebelum terlibat aktif dalam politik mendiang merupakan Pegawai Hal Ehwal Sekolah di Majlis Daerah Engkilili.

Mendiang meninggalkan isteri Datin Rosalind Sitie Jemeni, tiga anak, tiga cucu dan dua cicit.

Selesai upacara memberi penghormatan terakhir di kediamannya di Tabuan Jaya hari ini mendiang akan dibawa ke Engkilili bagi membolehkan upacara memberi penghormatan terakhir diadakan di sana sebelum dikebumikan.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061292 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list