CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1941|Reply: 14

[Tempatan] Negara Dapat 2 Lagi 'Airlines' Baru. Uols Teruja Tak?

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 24-1-2022 05:50 PM

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyambut baik kebenaran yang diberikan kepada dua syarikat penerbangan baharu, SKS Airways Sdn Bhd dan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) untuk beroperasi di Malaysia.

Menteri Kanan merangkap Menteri MITI Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pemberian lesen kepada syarikat penerbangan itu dijangka membantu industri penerbangan untuk kembali pulih daripada impak pandemik, selain menggalakkan persaingan sihat.

Industri penerbangan merupakan antara industri yang terkesan akibat Covid-19 dan bukan sahaja syarikat penerbangan tempatan, malah, syarikat global turut tekesan.

"Namun, memandangkan kebanyakan negara telah membuka sempadan dan meningkatkan promosi sektor pelancongan, ini dapat membantu sektor pernerbangan mencerdaskan semula aktiviti mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Perdana MITI dan Agensi 2022 di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah atau kapasiti penumpang yang akan menggunakan pesawat ini masih rendah berikutan kebanyakan pelancong berhati-hati untuk melancong disebabkan varian Omicron Covid-19 yang belum reda.

"Oleh itu, saya rasa industri penerbangan masih memerlukan masa untuk kembali ke tahap yang normal," katanya.

SKS Airways yang dimiliki Kumpulan SKS yang berpangkalan di Johor dan diasaskan ahli perniagaan Alan Sim See Kiong, akan memulakan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor bermula 25 Jan ini.

MYAirline diterajui oleh beberapa pengarah berpengalaman antaranya bekas Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Abd Hamid Mohd Ali dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, telah menerima kebenaran untuk memulakan perkhidmatan bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.
https://www.hmetro.com.my/bisnes ... ak-persaingan-sihat






Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 29 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
7.Asalkan selamat sampai ke destinasinya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:27 PM | Show all posts
keh keh keh


gila bangang cerita ini...
wa teringat kes air asia masa mula mula mengadap madey untuk mohon lesen...
dengan pahamin sama tony, madey kata dah ada 7 lesen airline keluar dan dia tak nampak pun 7 airline berterbangan..
pegi jumpa mereka yang dok pegang lesen tu dan rebrand...tak keluar pun lesen baru untuk air asia...

hujungnya mereka beli pelangi air dengan hutang2 pelangi air sekali...
sampai mereka berjaya jadikan air asia...

and 2 lesen keluar pada ketika industri airline nazak?
azmin oh azmin...buruk benar perangai lu ni..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:33 PM | Show all posts

Dorg dah start setup lama dah..  years ago. Ni baru materialize unfortunately timing not so good
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:34 PM | Show all posts
Yg sks pi pulau tu tambang dlm 275 one way
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 24-1-2022 06:19 PM
7.Asalkan selamat sampai ke destinasinya.

Aku nk vote ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 10:16 PM | Show all posts
kepam
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:55 PM | Show all posts
Radzor replied at 24-1-2022 07:33 PM
Dorg dah start setup lama dah..  years ago. Ni baru materialize unfortunately timing not so good

keh keh keh

of course la dah lama setup and plan..
siapa yang pernah masuk bidang aviation akan tahu, this is a really strict regulated industry..
billion of dollars industry yang sangat sensitif dari segi safety.

yang wa pelek..demand tak tinggi, lesen masih dikeluarkan..
ini bukan lesen bas ekspress maaaa
and bila tengok nama yang terlibat, ok...semua people yang ada top connection dengan DCA ...
sebab tu lepas, tapi goverment juga kena lepaskan...bukan DCA ada kuasa...
nak lepas goverment, itu wa cerita sejarah air asia tu...tak kan lepas sebab demand tak tinggi
ini bukan cerita nak ada kan persaingan...
ini cerita dari segi safety...
wa terlibat dalam MRO since  2002 pun..faham sangat the cycle of operating aircraft...
C check untuk kapalterbang pun boleh telan million dollar....
dan tak boleh tak buat...
sebab tu masa air asia first operate, wa duduk dengan top top enginer ni, mereka membawang yang air asia akan satu masa stuck on money sebab semua kapal terbang yang mereka ada adalah kapal terbang lama yang di lease...
tapi merea engineer, bukan businessman macam tony...
bijak tony, sampai masa dekat dekat C check dia pulang kan balik kapal terbang tu pada PNB..
alasan sebeb beli aircraft baru dah...
yang kena lepas tu PNB la..khazanah dok menanggung la if nak operate lagi the aircraft...
datang lah company kecik2 nak lease, mereka lah kena tanggung maintenance tu..kesian..

tapi back to topic, why do we need another airline sedang MAS sendiri pun dah hidup segan mati tamau ni...?

keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 11:02 PM | Show all posts
Teringat pulak kat Rayani Air
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
MITI menyambut baik. Siapa yang luluskan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:39 AM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 24-1-2022 10:55 PM
keh keh keh

of course la dah lama setup and plan..

hidup segan mati tamau ni actually good in a way. good for the staff. yang lain2 tu private funding, so pandai2 la idop.. boleh cuci duit ke klu nak.
dorg ada main bisnes lain. pastu buat airline kecik as one of the side bisnes.
sks airways tu kapal baru dan different segment. mcm bmw dgn kancil je kan




Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:46 PM | Show all posts
dapat lesen sbb rasuah ke?entah selamat ke tidak airlines baru tu..kalo terhempas nanti jemin la yg kena tanggungjawab sbb bagi lesen..and thats how corruption can destroy a country
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:19 AM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 24-1-2022 10:55 PM
keh keh keh

of course la dah lama setup and plan..

Tapi untuk fixed wing propeller aircraft rasa kos check takdelah semahal pesawat jet.
Maksudnya SKS airline ni kira masih boleh untung la sebab dia cover area yang mana MAS, airasia dan firefly tak masuk.

Cuma yang lagi satu tu MyAirline macam direct compete dgn exising player.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Try check flight ticket x blh lh

Mmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 03:36 PM | Show all posts
hahahaha jemin jemin...
selagi boleh lulus, lulus aja la kannn....
hahahahahhaa.....

tak fikir2 ker?? apa cer Rayani Air tu??
orang lain berhenti kerja nak join Rayani Air, last2 kambuss...
kesian weeeyyy.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.063396 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list