Aktivis kemanusiaan Fatimah Zaharah Rahim nekad menyaman Nabil Huda susulan pelakon itu mendakwa wanita itu menyalah guna barang-barang mangsa banjir.
Justeru, peguamnya, Nurul Hafidzah Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan aktivis banjir itu menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah sebanyak RM900,000 dan notis tuntutan berkenaan sudah dihantar kepada Nabila pada Khamis lalu.
Kredit foto: IG
“Anak guam kami tidak melakukan perbuatan seperti mana yang didakwa Nabila.
“Tindakan aktres itu membuat berita palsu telah membuatkan ramai pengguna media sosial percaya dan memberi kesan kepada Fatimah,” ujarnya kepada mStar.
Tambahnya, anak guamnya itu menanggung malu, tekanan perasaan dan kesedihan sejak berita dirinya disebarkan.
Sekiranya Nabila Huda enggan melakukan permohonan maaf dan pembayaran seperti dituntut, Fatimah akan memfailkan tuntutan di mahkamah.
Nabila Huda pada 25 Disember lalu membuat hantaran di media sosial mendakwa aktivis berkenaan mengambil kesempatan terhadap bantuan mangsa banjir untuk orang ramai.
Peguam yang mewakili Fatimah (dari kiri), Hafidzah dan Zeti Zulkifli
Kredit foto: mStar
Menurut kenyataan media, Nabila Huda didakwa menyiarkan kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud bahawa aktivis tersebut adalah seorang yang bangsat, bodoh, pencuri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain, namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.
Selain itu, Nabila turut memuat naik gambar aktivis tersebut pada hari kejadian sebelum dipadamnya.
Kredit foto: IG
Menurut mStar, hingga kini Nabila masih enggan menjawab pangilan telefon dan mesej yang dikirim.
Mahu ke Nabila Huda beri respons pada mStar? - CARI |