CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 3

[Dunia] Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... aut-di-tengah-laut/

Oleh KOSMO!
24 Januari 2022, 3:00 pm


Savin ketika memulakan misi solo merentas Atlantik pada 1 Januari lalu sempena ulang tahun ke-75. - Google

PARIS – Seorang lelaki Perancis berusia 75 tahun yang sedang dalam percubaan solo menyeberangi Lautan Atlantik, ditemui mati di dalam kabin bot dayungnya yang terbalik, lapor laman berita France 24 semalam.

Menurut pasukan penyelamat yang dikejarkan dari Portugal iaitu negara terdekat dengan lokasi kapal Jean-Jacques Savin itu, anggota-anggota penyelamat perlu menyelam ke dalam laut untuk menarik mayat mangsa ke permukaan.


Keadaan bot pendayung Savin ketika ditemui oleh pihak pencari dan penyelamat Portugal. – The Guardian

Mangsa dilaporkan hilang hubungan dengan ahli keluarga dan pasukannya sejak Jumaat lalu sebelum pihak berkuasa mengesan pengakitifan dua suar kecemasan.

“Kami tidak mendengar khabar berita  daripadanya sejak pukul 12.34 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu selepas dia mengaktifkan dua suar kecemasan dan menghantar mesej untuk memberitahu bahawa dia berdepan masalah besar,” kata pasukannya dalam satu kenyataan.

Percubaan Savin mendayung merentasi Lautan Atlantik itu adalah buat kali kedua selepas dia berjaya melakukannya pada 2019 sebagai cara sinis untuk mentertawakan usia tuanya.

“Saya akan mendayung lapan jam sehari dan bila angin terlalu kuat, saya akan berlindung di dalam kabin,” tulis Savin di Facebook ketika permulaan pengembaraannya pada 1 Januari lalu.

Sejurus selepas memulakan pengembaraannya pada 1 Januari lalu, keadaan angin menyebabkan pengembara itu terpaksa menambah 900 kilometer pada jarak perjalanannya. – AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 03:44 PM | Show all posts
Pergh....mendayung tu...umur dah 75 tahun. kuat betul...RIP
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:51 PM | Show all posts
dh ajal nya di situ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 05:32 PM | Show all posts
He dies doing what he loves.

May his soul rest in peace.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059971 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list