CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 903|Reply: 3

[Tempatan] Lepas kisah menu sedih, tular kes keracunan makanan RMT pula

[Copy link]
Post time 24-1-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 24-1-2022 03:01 PM

LEBIH 60 orang murid di sebuah sekolah rendah di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor dipercayai mengalami keracunan makanan selepas dikatakan makan menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan pihak sekolah dalam kejadian pada Khamis.

Seorang ibu mangsa yang enggan dinamakan mendakwa, kes keracunan makanan itu membabitkan murid tahun 1 hingga 6 serta murid program pendidikan khas integrasi (PPKI) yang terlibat program RMT sekolah tersebut.
Kemungkinan adalah makanan RMT sebab majoriti murid di bawah program tersebut yang kena (keracunan).

"Mereka semua dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

"Ada lebih 40 aduan berkaitan kes keracunan makanan diterima semalam tapi saya percaya lebih kerana mungkin ada murid yang tidak laporkan kepada pihak sekolah," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, pihak Pejabat Kesihatan Daerah telah dimaklumkan dan punca sebenar masih dalam siasatan pihak berkenaan.

Sementara itu, bapa kepada salah seorang murid mendakwa dua orang anaknya masing-masing di tahun 5 dan tahun 6 sekolah tersebut terpaksa menerima rawatan di Hospital Shah Alam susulan kejadian itu.

"Anak dapat menu RMT di kantin sekolah. Semalam muntah-muntah sampai lembik keadaan mereka," katanya.

Majoriti kini menunggu respons pihak Kementerian Pendidikan yang telah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti
https://majoriti.com.my/berita/2022/01/21/lepas-menu-sedih-tular-kes-keracunan-makanan-rmt

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 04:21 PM | Show all posts
tiap2 hati kejenya nak membunuh org je.
tak sabarnya nak pru15.
serik dah dok bawah pengkhianat syairaton nirrojim

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:32 PM | Show all posts
apooo la tak habis2 lagi rmt ni

kesian  budak2
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanda2 nak tamatkan program rmt???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.071832 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list