CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1076|Reply: 5

Ramai tak puas hati Aliff Aziz juara GV8

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 02:37 PM | Show all posts |Read mode

Kemenangan Aliff Aziz malam tadi disifatkan sebagai tidak adil dan berat sebelah oleh netizen.

Ramai tak puas hati Aliff Aziz juara GV8



PETALING JAYA – Nama Nikki sohor kini (trending) dalam Twitter apabila gagal dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian nombor satu tanah air, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

Ramai dalam kalangan peminat melahirkan rasa tidak puas hati menerusi gelanggang laman sosial berkenaan apabila keputusan pertandingan seperti sudah dirancang sejak awal pihak penganjur, Astro.

“Apa benda ni? Nampak sangat nak naikkan Aliff. Saya sokong Aliff tetapi keputusan malam tadi sangat ‘obvious’ (jelas). Nikki dan Suki buat persembahan lagi bagus.

“Buat pertama kali saya rasa nak nangis tengok GV. Patutnya Suki atau Nikki tapi kenapa Aliff? Sejujurnya, kecewa dengan keputusan musim tahun ini.”

Benang berkaitan : UPDATE : GV8, Confirm Aliff Aziz Menang! dah menang dah pun!!!!

Kata orang, rumah sudah siap pahat masih berbunyi namun itu luahan rasa kecewa dan tidak puas hati para penonton setia program realiti tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga tidak berpuas hati apabila peserta terbaik peringkat separuh akhir, Aweera ‘terduduk’ di posisi keenam namun memandang positif kekalahan pemilik nama sebenar, Nasharul Aweera Norhissham itu.

“Tahniah. Saya tetap berbangga walaupun Aweera bukan juara GV8 tetapi dia tetap juara di hati peminat.

“Aweera memang terbaik tak sangka dia nombor 6,” ujar seorang netizen dalam Twitter.

Malam tadi, Kosmo! Online melaporkan, peserta yang disebut-sebut sebagai anak emas Astro, Aliff Aziz akhirnya dijulang sebagai juara GV8.

Selepas 10 minggu berentap, penyanyi kelahiran Singapura itu berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki Low yang disebut-sebut sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... iff-aziz-juara-gv8/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 02:56 PM | Show all posts
Ramai betul x setuju Alif menang ek. Tp iols mmg x ikt pun rancangan ni. Kt grup wasap sibuk ramal sapae mng. Iols x amik port pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:17 PM | Show all posts
ramai rupanya yg dah divert dr masalah sebenar yg dihadapi negara dgn kemenangan Aliff Aziz ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 24-1-2022 08:34 PM

Biasalah rumah siap pahat berbunyi mana2 pertandingan semua gitu nnt tgk AJL plak lg laa manjang akan ada yg bising dan tak puas hati.

Tp iols tertarik dgn satu post kt fb dia ada sebut pasal bila wat hal tipu bini bagai hidup kacau bilau bila dah berubah dan jaga rumahtangga hidup jd lebih baik dan rezeki mencurah.
Happy wife happy life gituhh.

Tapi memang betul pun iols penah tgk depan mata org yg berpuluh tahun tak layan anak bini dgn baik hidup mmg tak senang. Apatah lagi hub dgn Tuhan mmg kelaut.
Tapi bila dia insaf dan bertaubat layan anak bini ngn baik2 hidup makin senang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tk folo gv ...tp huduh la pesen belt camtu mcm askar zmn dulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah2 le pun netizen tu...korg xsetuju mcmla rancangan tu korg punya...mikel ang pun xbising... Org tgk yg menang tu ada aura la..kot suki yg menang pehtu masuk gua balik esok2 korg pun lupo kek dio, lagu pun ntah ada ke tidak nanti...tah pape netizen pun, bio je le alip menang, dh rezeki dia la tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-3-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.081018 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list