CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3732|Reply: 50

[Tempatan] Dituduh ucap ‘selamat jalan’ pada Dr Mahathir, Najib ancam saman. #3, Telah arahkan peguam mulakan proses saman fitnah

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-1-2022 06:33 AM

Dituduh ucap ‘selamat jalan’ pada Dr M, Najib ancam saman

https://www.malaysiakini.com/news/608172

Diterbitkan:  Jan 24, 2022 1:37 PM⋅
Dikemaskini: 2:07 PM



Bekas perdana menteri Najib Razak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli parlimen Kangar, Amin Ahmad dan pembantu Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz.

Najib mengumumkan perkara itu selepas dituduh menulis "selamat jalan" di media sosial ketika musuh politiknya Dr Mahathir Mohamad mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk kali ketiga pada bulan ini.

Najib berkata saman akan dikemukakan ekoran dua individu berkenaan gagal memohon maaf terhadapnya.

"Pembantu atuk (Mahathir) Adam Mukhriz ini akan disaman juga sebab ahli Parlimen PH itu beri alasan dia petik posting dia dari tweet Adam.

"Sukar untuk percaya bahawa pada masa atuk sakit, mereka masih mampu mainkan fitnah sebegini hanya sebab nak politik? Mereka tuduh saya, saya nafi.

"Lalu mereka suruh saya tunjuk activity log FB saya untuk buktikan saya tak post 'selamat jalan?', saya tunjukkan," tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.



Kelmarin, Amin dan Adam memuat naik tangkap layar yang dikaitkan dengan Facebook ahli parlimen Pekan itu berhubung posting "selamat jalan".

Posting itu dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri ketujuh yang sedang menerima rawatan di IJN.

Sementara itu, Najib berkata dia bertindak untuk menyaman dua individu berkenaan kerana mereka enggan memohon maaf meskipun bukti telah diberikan.

"Sebab itu, saya saman kedua-dua supaya peguam saya boleh tunjukkan 'activity log original' kepada mereka dalam mahkamah bagi memuaskan hati mereka.

"Sebarang pampasan yang diterima akan saya beri sebagai bantuan kepada rakyat," katanya lagi.

Sementara itu, Amin dalam reaksinya Najib mengakui kesilapan itu dan telah memadam hantaran yang dimuatnaik di Facebooknya.



Amin berkata dia juga telah meninggalkan komen bahawa status berkenaan telah dimuatnaik pentdabir Facebook, kerana tidak percaya Najib akan mengeluarkan kenyataan sedemikian?

"Saya ada meninggalkan komen membayangkan status tersebut ditulis oleh 'cytro' yang menjaga akaun Facebook beliau kerana mustahil beliau sendiri akan tulis begitu.

"Setelah dibuktikan status tersebut tidak benar, saya akui kesilapan saya berkongsi cuplikan layar tersebut dan menurunkan cuplikan layar tersebut daripada perhatian umum.

"Saya akui ini kekhilafan saya kerana didorong rasa geram bila komen sedemikian boleh dibuat terhadap orang sakit, walaupun berbeza pandangan politik. Justeru itu saya meminta maaf atas kekhilafan tersebut," katanya dalam hantaran di Facebook.

Carian Malaysiakini di Twitter pembantu Mahathir itu juga mendapati Adam telah memadam ciapan berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 02:26 PM | Show all posts
adam pon dah delete twitter dia...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2022 02:32 PM | Show all posts
Status FB ‘Selamat Tinggal’ : Najib mahu saman fitnah

https://www.utusan.com.my/nasion ... -mahu-saman-fitnah/

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
24 Januari 2022, 1:41 pm


NAJIB TUN RAZAK

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan proses saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Mohd. Muhayeddin berhubung status Facebook ‘Selamat Tinggal’.

Menurut Najib, beliau akan berbuat demikian sekiranya kedua-dua individu tersebut tidak memadam satu status yang kononnya dikeluarkannya dan memohon maaf secara terbuka pada hari ini.

“Pembantu Atuk (Dr. Mahathir) Adam Mukhriz ini akan disaman juga sebab Ahli Parlimen PH itu beri alasan dia petik posting dia dari Tweet Adam. Sukar untuk percaya bahawa pada masa Atuk sakit, mereka masih mampu mainkan fitnah sebegini hanya sebab nak politik,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Jelas Najib, selain menafikan berbuat demikian, beliau telah mengarahkan kedua-dua individu untuk membuktikannya mengeluarkan status berkenaan.

“Lalu, mereka suruh saya tunjuk aktiviti log Facebook saya untuk buktikan saya tak post ‘Selamat Jalan’, saya tunjukkan. Tapi, mereka masih tak mahu minta maaf.  

“Ada yang kata aktiviti log boleh edit. Tak mahu percaya. Pelik, aktiviti log boleh edit tapi screenshot tak boleh edit ke? Sebab itu, saya saman kedua-dua supaya peguam saya boleh tunjukkan aktiviti log original kepada mereka dalam mahkamah bagi memuaskan hati mereka.

“Sebarang pampasan yang diterima akan saya beri sebagai bantuan kepada rakyat,” katanya. -UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib takyah nak selamat jalan ke atuk sbb dia sendiri pun dh bau tanah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Atleast tun mampu hidup hampir 100 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak je kepit sotong tp Jibby ni punya lah busuk hati dan kuat berdendam. Sikit2 koyak nak saman. Pigidaaaa ko kepit telor tp takut bini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 03:08 PM | Show all posts
cm si*l je perangai seorang pernah bergelar PM panggil PM lain atok in public... weols kt porem xpela sbb iols pn kadg pggil tun M tu atok sbb weols kan rempit di porem.... geleng kepala iols mcm mana la org boleh sokong najib ni... kiri kanan depan belakang hatta even org terdekat najib sendiri pun citer buruk pasal dia n kak mah... ank tiri, adik dia sendiri pun condemn najib dalam buku baru dia.... benak sungguh penyokong2 najib ni.. sama benak dgan penyokong PAS... asalkan bukan dapig konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:08 PM | Show all posts
iols harap kalo atok dah sihat nanti, sila panggil najib ni kepit pondan takut bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
padam muka kena saman kah3x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:24 PM | Show all posts
dekat 100 tahun, I dah ucap selamat jalan dalam hati lama dah. Bukan biadab, orang tua kalau sakit lumrahnya 'be prepared' begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok ler saman kalau betul di fitnah. Zaman fitnah ni mmg itu je cara nya. I bkn sokong najib, tp i benci politik kotor yg fitnah sana sini demi nk menjatuhkan nama seseorang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:35 PM | Show all posts
Mana tak hangin… tak sangka dia pun kecundang dek penangan Tun.. tak sangka tersungkur macam Tengku, Musa, Anwar, Abdullah.. Muhyiddin pandai dia tak head on
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:44 PM | Show all posts
‘Selamat Jalan’: Ahli Parlimen PKR Kangar minta maaf kepada Najib
By
Wartawan MalaysiaGazette -
24 January 2022

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad mengakui kesilapan berkongsi hantaran berbaur fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung status di laman Facebook ‘Selamat Jalan’.

Katanya, kekhilafan itu didorong oleh rasa geram apabila melihat komen seumpama itu terhadap orang yang sedang sakit walaupun berbeza pandangan politik.

“Justeru itu saya meminta maaf atas kekhilafan tersebut,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Menurut Noor Amin, semalam Najib telah meninggalkan komen di Facebook beliau untuk membuktikan status yang dikongsinya dari sumber asal pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad di laman Twitter adalah tidak benar.

“Saya ada meninggalkan komen membayangkan status tersebut ditulis oleh cytro yang menjaga akaun FB beliau kerana mustahil beliau sendiri akan tulis begitu.

“Setelah dibuktikan status tersebut tidak benar, saya akui kesilapan saya berkongsi cuplikan layar tersebut dan menurunkan cuplikan layar tersebut daripada perhatian umum,” katanya.

Katanya, beliau juga akan mendapatkan nasihat undang-undang terhadap mereka yang menggunakan gambar Facebooknya untuk mereka tulisan yang bukan daripadanya.

Terdahulu, Najib dalam hantaran di Facebook berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan proses saman fitnah terhadap Noor Amin dan Adam Mukhriz yang merupakan pembantu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Adam yang pertama berkongsi tangkap layar ‘Selamat Jalan’ kononnya dimuat naik oleh Najib menerusi status Facebook pada hari berita Dr Mahathir dirawat di CCU, Institut Jantung Negara tersebar.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, bukti di log aktiviti Facebooknya tidak pernah memuat naik status tersebut.

Sehubungan dengan itu, beliau mengarahkan peguamnya memfailkan saman fitnah sekiranya Noor Amin dan Adam enggan memohon maaf dan menarik balik tangkap layar yang dikongsi sebelum ini. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by haruslah at 24-1-2022 04:27 PM

I xde nak sokong najib ni pun
Tp kalau dia yakin fitnah, saman jer
Amin tu dah delete+mintak maaf (pastu tuding jari kat adam)
Adam siap tukar nama twitter, katanya....

Benda x pasti jgn kongsi la
Busuknye perangai
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:47 PM | Show all posts
yg edit tu pun selayaknya lah disaman
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli pulak bila tok jib panggil atok as atok. Dia rasa umur dia berapa tahun. Brp byk sgt beza umur diarg. Kalau daddy tu ok la juga.
Tapi itu pun tak professional okey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 05:26 PM | Show all posts
tahla tak berapa nak paham...so tweet selamat jalan tu utk apa sebenarnya? or org edit dia tweet 'selamat jalan' padahal dia tak tweet pape pun, camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:26 PM | Show all posts
Dalam keadaan sekarang pun gang2 ni masih sebok duk fitnah menghasut rakyat membenci Najib.
Hancur negara dek fitnah manusia2 bangsat ni pun ada yang masih tak sedar diri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Jalan kat kau pergi Sg Buloh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:08 PM | Show all posts
keane.somewhere replied at 24-1-2022 01:26 PM
Selamat Jalan kat kau pergi Sg Buloh

kahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.079604 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list