CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 850|Reply: 1

Uyaina Arshad Kongsi Kisah Kematian Bapa Dalam Muzik Video Bukan Nak Raih Simpati

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengacara popular Uyaina Arshad mengundang simpati dan emosi selepas berkongsi keratan akhbar berita kematian bapanya, Allahyarham Leftenan Komander Arshad Ibrahim di Instagramnya.


Menurut Uyaina, 30, arwah bapanya yang berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah meninggal dunia hampir 25 tahun dahulu di New Zealand ketika dia berusia lima tahun.


Bukan mahu mengundang simpati, sebaliknya tujuan Uyaina berkongsi keratan akhbar berkenaan adalah untuk mempromosikan single pertamanya bersama suami, Raja Syahiran yang berjudul Hingga Akhir Waktu.




Foto: IG




“Sebenarnya keluarga dan rakan rapat memang tahu kisah kehidupan saya, cuma pengikut di Instagram memberi pelbagai reaksi. Ada yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perkara tersebut.


“Itu adalah keratan akhbar asli. Sebenarnya keratan akhbar berkenaan tiada dalam simpanan kami tidak tahu hilang ke mana, nasib baik ada kenalan yang simpan dan hantar kepada kami. Jadi, saya selitkan keratan akhbar tersebut video muzik Hingga Akhir Waktu,” ujar Uyaina ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.




  



Uyaina yang turut menulis lirik lagu Hingga Akhir Waktu menjelaskan, lagu tersebut cukup bermakna kerana didedikasikan khas buat peminat dan ibunya Siti Noor Farah Jaafar sempena pernikahannya yang berlangsung pada 21 Disember tahun lalu.


Lebih menarik, video muzik lagu tersebut diinspirasikan daripada kisah benar cinta ibu dan bapa Uyaina sendiri. Uyaina dan abang keduanya, Kapten Azameer Uzreem turut berlakon dalam video muzik Hingga Akhir Waktu sebagai watak ibu dan bapa mereka ketika muda.




  



“Kiranya seperti projek keluarga, saya dan abang berlakon sebagai ibu serta bapa ketika muda, manakala anak-anak buah pula membawakan watak kami semasa kecil.


“Lagu dan video muzik ini sangat dekat dengan saya kerana mengangkat kisah cinta ibu dan bapa saya sendiri. Kami juga menyelitkan babak cabaran ibu membesarkan kami empat beradik sebagai ibu tunggal.


“Sepanjang 25 tahun, ibu tidak berkahwin lain. Jadi, lagu ini kisah cinta ibu dan arwah suaminya sehingga ke akhir hayat. Ibu menitiskan air mata dan terharu melihat video muzik tersebut ketika dimainkan pada majlis pernikahan saya,” kongsi Uyaina.




  





  



  



Sungguhpun begitu, Uyaina tidak menyanyi dalam single Hingga Akhir Waktu sebaliknya hanya berpuisi.


“Suami mahu saya terlibat dalam lagu ini tetapi saya tidak boleh menyanyi, jadi memadai saya melontarkan puisi sahaja,” ujar pengacara MeleTOP itu lagi. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 10:57 AM | Show all posts
skala menguap : huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........5x tidur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.056486 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list