CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2379|Reply: 44

[Dunia] Bahasa Inggeris bukan segala-galanya. Orang luar negara lebih menghargai bahasa Melayu

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bahasa Inggeris bukan segala-galanya'

Oleh Anding Kahar

Januari 24, 2022 @ 9:43am

bhsastera@bh.com.my

Pensyarah Bahasa Melayu, Universiti Pengajian Asing Tokyo (TUFS) Jepun, Prof Madya Dr Hiroki Nimoto. GAMBAR Universiti Pengajian Asing Tokyo, Jepun.

KUALA LUMPUR: Kekaguman warga Malaysia kepada orang asing yang dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih mungkin berpunca daripada rasa ketidakpercayaan mereka sendiri terhadap potensi bahasa itu.

Mereka mungkin beranggapan bahasa Melayu tidak punya potensi dari pelbagai sudut menyebabkan rasa kagum timbul secara semula jadi.

Hal ini boleh dilihat berdasarkan sambutan orang Malaysia terhadap pempengaruh bangsa asing yang menggunakan bahasa Melayu di media sosial masing-masing. Antaranya Rhys William, Mat Dan, Kouji Jepun dan Maryam You Narae. Mereka sangat terkenal dalam kalangan penutur bahasa Melayu dan mempunyai ramai pengikut.

Pensyarah Bahasa Melayu, Universiti Pengajian Asing Tokyo (TUFS) Jepun, Prof Madya Dr Hiroki Nimoto, berkata hal itu sangat berbeza jika orang Melayu fasih berbahasa Inggeris kerana ia dianggap perkara biasa begitu juga jika mereka fasih dalam bahasa Jepun.

"Misalnya kalau di Jepun, ramai orang asing yang menjadi muncul di televisyen fasih bertutur dalam bahasa Jepun, ia bukan hal luar biasa.

"Namun jika hendak membandingkan kekuatan dan kedudukan bahasa Melayu dan Jepun ia tidak adil. Ini kerana semua itu didorong oleh faktor sejarah dan penjajahan yang mana mempengaruhi kedudukan bahasa Melayu," katanya dalam Syarahan Darul Iman 3: Megar Bahasa Melayu dari Jendela Matahari Terbit yang disiarkan dalam Facebook rasmi Universiti Malaysia Terengganu.

Nimoto berkata, setiap bahasa mempunyai kekuatannya sendiri dan bahasa Inggeris bukanlah segala-galanya. Malah, ia tidak mampu untuk membantu memahami dunia secara keseluruhannya.

"Bahasa Inggeris itu satu daripada bahasa asing yang perlu dipelajari tetapi untuk lebih memahami dunia dan menguasai maklumat, kita memerlukan lebih daripada satu bahasa.

"Di TUFS, kami menawarkan 28 kursus bahasa dengan bahasa Melayu adalah satu daripadanya," katanya.

Tegas Nimoto, di Jepun bahasa Melayu dipelajari atas dasar minat individu. Misalnya, seorang daripada pelajar beliau pernah menetap di Malaysia selama lima tahun tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari bahasa Melayu kerana penekanan terhadap bahasa Inggeris ketika di sekolah.

"Kerana minat dia menyambung pengajian dalam bahasa Melayu apabila kembali ke Jepun. Faktor minat ini dorongan yang kuat kerana Malaysia jika dibandingkan dengan Indonesia negaranya lebih kecil dan penduduk tidak ramai.

"Kebanyakan warganya boleh berbahasa Inggeris dengan baik, justeru pandangan umum mengenai Malaysia adalah memadai untuk fasih dalam bahasa Inggeris sahaja," katanya.

Bagaimanapun tegas Nimoto, hal ini tidak begitu tepat kerana bahasa Inggeris bukanlah kunci kepada segala-galanya. Justeru dalam banyak hal, kita perlu kembali ke bahasa asal atau tempatan dan jangan terlalu bergantung kepada bahasa Inggeris.

"Kajian mengenai Melayu misalnya ia hanya di permukaan saja kalau berpandukan bahan dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya informasi akan lebih banyak, dalam dan jelas jika bahan kajian bersumberkan bahasa Melayu.

"Misalnya jika berlaku kes kritikal di Afghanistan, tidak boleh berharap maklumat daripada bahasa Inggeris sahaja. Ia lambat dan ada kala tidak tepat jadi lebih baik kita berusaha mempelajari bahasa itu sendiri. Sangat penting bagi sesebuah negara untuk mempunyai pakar dalam pelbagai bahasa," katanya.

Nimoto berkata, beliau tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris tetapi ia tidaklah terlalu penting. Misalnya maklumat mengenai Malaysia mudah diperoleh di Jepun dan ia dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun apabila disemak, ada sebahagian maklumat itu tidak tepat malah salah sepenuhnya. Ada kala ia hanyalah pandangan sepihak penulis atau berdasarkan sumber daripada penutur bahasa Inggeris sahaja.

"Sebenarnya di Malaysia perspektif penutur bahasa Inggeris dengan penutur lain-lain bahasa misalnya bahasa Melayu atau Mandarin sangat berbeza. Dunia mereka berbeza, kerana itu sangat penting untuk mempelajari bahasa Melayu," katanya.

Tegas Nimoto, pelajar di Jepun mula mempelajari bahasa Inggeris pada usia 11 tahun dan mereka dikehendaki mempelajari satu lagi bahasa asing apabila memasuki universiti antaranya bahasa Mandarin, Korea, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

"Dulu bahasa Russia sangat popular di Jepun tapi sekarang tidak lagi dan diganti dengan bahasa Korea.

"Bahasa Melayu turut diajar tetapi ia tidaklah popular tetapi ada ditawarkan di universiti awam dan swasta," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia warganegara sendiri tak fasih Bahasa Melayu sampai pulak minta penterjemah untuk urusan rasmi
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba cakap melayu kat UK ke US ke untung la kalau dia tak suruh kau fo back to your country.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:21 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 24-1-2022 10:23 AM

di malaysia sbb ada cina & india...ini 2 bangsa tak nak pakai bahasa melayu....so kena opt for BI lah kan? jadi semua bangsa kena pakai BI lah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 24-1-2022 10:09 AM
Cuba cakap melayu kat UK ke US ke untung la kalau dia tak suruh kau fo back to your country.

Hahaha pack up adalah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:43 AM | Show all posts
Iols rasa penting BI ni especially kalau jadi reporter yg translate je berita dari BI ke BM.  Kalau tak mahir, berita tu jadi salah penyampaiannya bila sampai ke pembaca BM, info jadi garbled, sometimes garbage pun boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 10:52 AM | Show all posts
bahasa inggeris ni bagusnya utk kita dpt info/ilmu byk dalam b.i, tapi utk bercakap takde apa pun..otak bukan kira kau bagus inglis ke tidak. dulu ada colig sepking hebat kalau dia on call saja je speking sleng2 us very the. aku pun wawww kt dia..suka dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:01 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 24-1-2022 01:35 PM

sekarang ni  apa yg i lihat - kuasai je bahasa, be they English Arabic korean ,mandarin etc, sebab dia memudahkan komunikasi, seriously. Kalau kuasai latin , greek , persian pun best juga boleh baca manuscript, pokoknya bahasa ialah ilmu juga so tak payah ade sentimen sentimen tak sihat.

dalam terjemhan kemahiran berbahasa penting , kekadang maklumat daripada bahasa asal tu hilang  atau maksud  sebenar tu dicairkan atau hilang apabila bahasa kedua terjemahan tu tak dapat nak cakup makna sebenar  tulisan asal tu.Banyak dikesan dalam thesis sarjana daripada oxford nak fahami karya al farabi...sebab benda ni tinggi...bila mai bab perbincangan  konsep kosmologi , ketuhanan etc.

tu banyak berlaku. Ini sapa yg ikuti pengajian atau pi ikuti majlis ilmu yg terjemah karya karja  filosuf Islam, ilmuwan Islam  memang kene hehati.

lagi satu - apabila membaca karya orientalis berkenaan nusantara atau  sesuatu pengajian Islam , ni pun kena faham subject matter and bahasa juga, sebab depa tulis  apa yg depa lihat dan bersandarkan apa yg depa tahu daripada worldview depa, depa tafsir benda daripada apa yg depa faham daripada korpus  pemhaman depa tentang dunia , keksdang benda tu tak betul ...so ini pun satu.

Apa yg Professor tu cakap i setuju , tang bab nak faham sesuatu benda kena rujukan banyak sumber dan ini memerlukan kemahiran berbahasa.


daripada aspek sosial, yes lah bangsa Jepun and Korean depa boleh bangga sebab  depa punya culture  dan atttude depa effective dalam memajukan bidang yang  menjadi pengukur ketamadunan iaitu pencapaian Sains & Teknologi. Depa bagus and budaya korporat depa pun dah sebati sebagai satu ikon and branding depa, benda ni terzahir dalam k  drama etc, ini tak pe .  so bila tengok drama depa kita tak lah terasa menonton  seolah drama samarinda pukul 7 pm  yg megah megah holding itu ini , plot maca ape je, cuma apa yg i nampak  the downside apabila  depa tak bagi penekanan bahssa kedua  ialah kesukaran atau ada language barrier nak komunikasi dengan peminat  depa ttg  drama  or lagu  atau ape saja interaksi tentang sesuatu - dengan fans depa yg ,  memang dari serata dunia , mostly  yg dok follow i live nstagram artis actor korea dari negara lain - akan sebut please english please. dan i nampak  susah betul ye nak communicate bila tak ade bahasa alternative  yg boleh memudahkan komunikasi..dan itu satu downside juga bila terpaksa relied on the substitles . kadang pelakon depa pun sebut frasa in english pun pelat seolah olah tak belajar pun...tapi tak pe lah juga plot, idea and pengarahan serta aspek teknikal yg bagus - so  best, bagi muka jugaks hahaha, have to say  i like  Ok taecyeon 's english, Anh Hyo Sop, so far  depa nyer english bagus, Nickhun 2PM tu memanglah dok kat US. hahaha...2PM jugaks... so, ok juga .
so ade plus minus kat situ.

bagusnya pulak peminat  pula yg belajar bahasa kedua, 3rd language  atau bhs depa , ni satu bagus pulak untuk fans  hahaa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 24-1-2022 11:05 AM

BI ni msh penting..tp..spt yg dia kata bkn segalanya....dan jugak bkn 'kayu pengukur/tanda aras'.. orang tu lebih bijak berbanding orng lain...'untuk diletakkan 1darjat atas orng lain'...banyak lg bidang ilmu...yg mungkin dia 'x pandai'.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:17 AM | Show all posts
macam juga yang kata money is not everything bila hidup dah miskin
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo ko tau bahasa melayu, sebenarnya ko boleh pi malaysia, indonesia, singapore dgn brunei. sedikit sebanyak boleh hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Apo lak, dh semua benda pun skrg byk nak in english… interview kerja pun jrang la nak ko ckp mlayu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-1-2022 11:17 AM
macam juga yang kata money is not everything bila hidup dah miskin

Kene tgk jugak sape yg jatuh miskin tu. Cth mcm jutawan jatuh ke T20,dia rasa dia dah jatuh miskin la tu padahal dia ada duit lg. Lainlah macam yg dh biasa hidup sederhana mcm golongan B40 misalnya,takde duit banyak mana asalkan cukup makan pakai takde kene kejar along diorang dah happy dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:29 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 24-1-2022 11:37 AM
Samerosie replied at 24-1-2022 10:09 AM
Cuba cakap melayu kat UK ke US ke untung la kalau dia tak suruh kau fo back to your country.

nak berbahasa apa itu tengok tempat la bodoh.
kau ingat melayu ni bodoh macam chinkies ker?

melayu guna konsep di mana bumi di pijak,di situ langit di junjung.
tahu cara berassimilasi dengan local people bila jadi perantau di negara orang,
bangsa pendatang di malaya?

chinkies di malaya, cakap bahasa cina chingchong chingchong,
dan masuk sekolah vernakular racist dari kecik sampai dewasa,
cakap dan baca bahasa rasmi pun tak reti,
masih hidup aman dan jadi kaya di malaysia.

kalau chingchong di US dan mana2 negara europe,
memang kena maki free

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la nak cakap bi berabuk pun.. tapi jgn laa tinggal bm.. ko duk malaysia kot..kenapa nak utamakan satu bahasa je dan tinggalkan bahasa yang lain.. apa salah tau dua2..
Mcm anak cousin aku... beranak pun kat malaysia je, acah2 takleh cakap bm.. atok nye  pun bangga cucu tak paham bm,…cakap ngan cucu pun guna bi je..  poyo.. menyampah!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 24-1-2022 11:29 AM
nak berbahasa apa itu tengok tempat la bodoh.
kau ingat melayu ni bodoh macam chinkies ker? :laugh3 ...


Eh eh songkok turki dah beli tuk raya no, baju melayu ereb dah tempah?  Tahun ni dah boleh rentas negeri.

Kau la bangang tak pernah duk luar negara ckp je lebih.  Kau naik public bus cuba kau cakap melayu antara kau sendiri pun derang boleh trigerred bodoh.

Dah jgn ckp banyak, songkok turki jgn lupa order dr shoppee made in china tak pun made in india.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 12:53 PM | Show all posts
Generasi baru di Jepun pun dah makin minat nak belajar bahasa inggeris tak macam dulu lagi.  Ramai je antara mereka dah mula ajar anak2 mereka bahasa inggeris dari kecil terutama dikalangan mereka yang mendapat pendidikan luar Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kat my sejahtera pon bahasa english juga.jenuh masa booster nak update status bagai bahasa orang putih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:29 PM | Show all posts
capiloton replied at 24-1-2022 11:29 AM
nak berbahasa apa itu tengok tempat la bodoh.
kau ingat melayu ni bodoh macam chinkies ker? :laugh3 ...

ramai jer melayu jumpa melayu kat tengah2 London cakap melayu.




Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 24-1-2022 05:01 PM
kat my sejahtera pon bahasa english juga.jenuh masa booster nak update status bagai bahasa orang put ...

Boleh tukar bahasa kan kat setting.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.105437 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list