CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Sarawak] Latihan hadapi banjir di Tasik Desa Ilmu

[Copy link]
Post time 24-1-2022 08:25 AM | Show all posts |Read mode


KOTA SAMARAHAN: Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR) Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Sarawak bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan melaksanakan latihan Simulasi Banjir ‘Eksesais Menyelamat Bencana Di Air’ sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut serta kemungkinan banjir di negeri ini.

Atas dasar untuk menggalakkan keterlibatan orang awam dalam membantu mengurangkan kesan dan risiko terhadap sesuatu kecemasan akibat bencana banjir, kerjasama latihan yang buat julung kalinya diadakan di Tasik Desa Ilmu, Kota Samarahan melibatkan 40 pegawai dan anggota lain-lain pangkat APM Daerah Samarahan beserta 30 pelajar dan 6 pensyarah UiTM Cawangan Sarawak.

Mengambil konsep ‘Community Based Disaster Risk Reduction’ (CBDRR) yang digunapakai oleh negara-negara maju seperti Jepun, United Kingdom dan Australia, pendedahan kepada lebih ramai rakyat untuk menguasai ilmu kemahiran pertahanan awam dengan mengaplikasikan teori dan melaksanakan demonstrasi menyelamat membolehkan mereka melakukan kerja-kerja bantuan menyelamat awal sementara menunggu bantuan daripada agensi-agensi penyelamat.

Kesiapsiagaan awam ini sekaligus dapat membantu mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.

Taklimat keselamatan secara teori dan amali di bawah kelolaan jurulatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada Sabtu meliputi pengenalan kepada peralatan menyelamat, perlindungan diri dan bot menyelamat, menyelamat dari darat, menyeberang menggunakan tali dan turut ditunjukkan mengenai teknik meningkatkan keyakinan di air.

Nilai kesukarelaan yang dipupuk menerusi kerjasama latihan ini dapat memberi nilai tambah dan memperkasakan ‘soft skill’ di kalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Sarawak selain mewujudkan kesedaran dan pendekatan yang lebih efisien melaksanakan bantuan menyelamat awal dan amat bertepatan dengan matlamat penubuhan APM.

Turut hadir, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Mohtar Samat, Pegawai APM Daerah Samarahan, Alias Bujang dan Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi UiTM Sarawak, Mohd Asmadzy Ahmad Basra.


sarawakvoice.com/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.740979 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list