CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 1

[Sabah] Mahu kanak-kanak selamat ke sekolah, insan prihatin sumbang bot kepada murid di Pitas

[Copy link]
Post time 24-1-2022 08:21 AM | Show all posts |Read mode


Nasib murid-murid yang terpaksa bersesak dalam bot untuk ke sekolah sejak dua tahun lalu mendapat perhatian seorang insan prihatin dari Semenanjung, yang menyumbangkan dua bot kepada kampung mereka.

Seorang penduduk kampung di Pitas, Khairul Abidin, berkata lelaki yang dikenali sebagai Mohd Zulhairi Zainol itu menghantar mesej kepadanya pada 20 Jan bahawa pertubuhannya mahu menyumbang dua bot selepas mengetahui tentang dilema murid-murid itu menerusi media.

Bot-bot gentian kaca itu dihantar keesokan harinya, kata Khairul.

Katanya, penyumbang itu memperkenalkan dirinya sebagai anggota Pertubuhan Amal Team di Selangor dan berkata, mereka akan menguruskan penghantaran dua bot itu.

“Setakat ini saya tidak pernah berjumpa atau melihatnya, hanya mendengar suara dalam telefon. Walau apa pun, kami amat bersyukur kerana ada orang dari Semenanjung yang sudi membantu,” kata Khairul kepada FMT.

Minggu lepas, Khairul menyiarkan gambar lebih 20 murid dari Kampung Pituru Timbang Taun dan Kampung Mengkapon Laut di daerah Pitas menaiki bot yang sesak tanpa jaket keselamatan ke SK Mengkapon.

Beliau berkongsi gambar-gambar itu, yang tidak lama kemudian menjadi tular, bukan untuk menyalahkan sesiapa, katanya, tetapi dengan harapan ia akan menarik perhatian pihak berkuasa.

Khairul berkata, kedua-dua bot yang disumbangkan itu telah digunakan selama setahun tetapi kelihatan baharu dan dalam keadaan baik. Satu bot berukuran 7.6m panjang dan satu lagi 5.8m. Enjin dengan 30 kuasa kuda dan beberapa jaket keselamatan turut disertakan.

“Kami sangat gembira, tidak keberatan menunda bot-bot itu ke sungai sampai malam. Bot yang lebih besar boleh memuatkan lebih 30 murid, manakala yang lebih kecil, 15 orang, tetapi ini sudah lebih daripada cukup.


Penduduk kampung menurunkan salah satu bot ke sungai. (Gambar Khairul Abidin)

“Saya bertanya kepada Zulhairi, sama ada beliau akan datang ke kampung kami agar kami dapat menunjukkan penghargaan yang tinggi kepadanya, tetapi beliau hanya ketawa (dan) memberitahu saya tidak perlu hebahkan tentang sumbangan itu. Namun sepanjang saya menetap di kampung ini, tiada siapa pernah menyumbang sebegini kepada kami,” kata Khairul.

FMT sempat menghubungi Zulhairi menerusi akaun media sosialnya. Beliau adalah pengerusi Pertubuhan Amal Team, iaitu sebuah NGO yang terlibat dalam pengurusan jenazah Islam berpusat di Bangi.

Beliau berasa terharu selepas membaca mengenai kesulitan murid-murid berkenaan di media sosial dan laporan berita, katanya.

“Jika kita ikhlas untuk membantu, kita tidak patut fikirkan jaraknya,” katanya kepada FMT.


Khairul Abidin (kanan) menyampaikan surat pemilikan bot kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pituru Timbang Tuan Ajirin Abdirin. (Gambar Khairul Abidin)

Ternyata Zulhairi tidak asing lagi di utara Sabah kerana sebelum ini, beliau pernah membantu memasang panel solar di Pulau Banggi di luar Kudat, daerah jiran Pitas.
Ketika diberitahu tentang keinginan penduduk kampung untuk bertemu dengannya, Zulhairi berkata, beliau terfikir untuk melawat Pitas Selasa ini.

“Namun, apa yang penting adalah saya harap murid-murid itu kini dapat sampai ke sekolah dengan selamat dan tanpa sebarang masalah,” katanya.


mediasabah.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 05:34 PM | Show all posts
orang2 sabah memang steady
pegi mana2 seberang sungai benda biasa walaupun kanak2
orang tak biasa macam aku ni pijak air je dah fikir macam2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.061056 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list