CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Sabah] Selenggara Segera Jalan Tuaran-Ranau, PKR Sabah Beritahu Kerajaan

[Copy link]
Post time 24-1-2022 08:15 AM | Show all posts |Read mode


Laluan utama Tuaran-Ranau semakin teruk dan perlu penyelenggaraan segera.

KOTA KINABALU: PKR Sabah meminta kerajaan memberi perhatian kepada penyelenggaraan jalan raya dari Tuaran ke Ranau yang menjadi laluan utama bukan saja kepada penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara.

Timbalan Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Thonny Chee, berkata lawatan pihaknya ke Kundasang dan Ranau semalam mendapati, keadaan jalan raya semakin teruk dan ada beberapa kawasan kritikal dan bahaya yang perlu penyelenggaraan segera.

“Kami tidak mahu masalah jalan raya ini akan menjejaskan usaha kerajaan negeri dalam merealisasikan teras hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menumpukan fokus utama termasuk sektor pelancongan dengan disokong oleh jaringan infrastruktur asas seperti jalan raya yang diselenggara dengan baik.

“Kami menggesa kerajaan pusat menambah peruntukan penyelenggaraan jalan raya persekutuan di negeri ini dengan memberi tumpuan kepada laluan-laluan utama terutama segmen-segmen kritikal yang perlu perhatian segera,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Thonny turut mengingatkan kerajaan negeri khususnya Kementerian Kerja Raya bahawa status jalan raya negeri ini yang sepanjang 22,370.95km hanya lebih kurang 48% sahaja yang berturap.

Katanya, jalan raya luar bandar sepanjang 2,673.11km masih lagi 34% jalan kelikir dan 11% jalan tanah.

“Oleh itu, pihak kami menggesa agar isu jalan raya negeri ini perlu ditangani sebaik mungkin dalam merealisasikan halatuju SMJ yang telah mengenal pasti pemetaan tumpuan jaringan infrastruktur berdasarkan “Nod” dan “Hotspot” yang bakal menjadi pemacu kawasan ekonomi negeri ini.

“Kami juga meminta Ahli Parlimen Ranau dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat menyuarakan isu penyelenggaraan jalan raya ke Ranau ini di sidang Parlimen, sidang DUN dan mesyuarat Kabinet untuk tindakan segera,” katanya.


sabahpost.net/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.496695 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list